Jenama kasut Vincci telah menjadi
jenama pilihan ramai wanita Malaysia sejak dahulu lagi. Selain daripada tawaran
harga kasut yang amat berpatutan, Vincci juga sentiasa menawarkan rekaan
kasut yang trendi dan berkualiti tinggi. Dari koleksi boots, heels, wedges,
pumps dan sandals, semuanya ditawarkan di butik-butik Vincci yang boleh anda
temui di pusat membeli-belah berhampiran anda. Well, khusus untuk para
penggemar Vincci shoes, berikut merupakan beberapa tips penjagaan koleksi
Vincci shoes favourite anda untuk tempoh pemakaian yang lebih lama!
1. Simpan dalam kotak kasut
Untuk penjagaan yang rapi, sentiasa
simpan semula kasut anda tersebut ke dalam kotak kasut yang anda dapati semasa
pembelian. Ini dapat mengelakkan kasut anda daripada digigit binatang perosak
dan seumpamanya.
2. Cuci dan bersihkan
Kerap mencuci atau membersihkan kasut
anda tersebut dengan langkah-langkah yang betul. Cara paling mudah adalah
dengan mengambil kain yang lembap dan bersihkan kesan-kesan kotoran pada kasut
tersebut.
3. Sentiasa kering
Untuk menjaga material kasut anda,
pastikan ia sentiasa berada dalam keadaan yang kering. Jangan sesekali simpan
kasut yang lembap di dalam kotak kasut atau rak kasut.
4. Jangan pakai kasut yang sama terlalu
kerap
Penggunaan kasut yang sama terlalu
kerap akan menyebabkan tapak kasut tersebut cepat haus atau tipis. Langkah
paling mudah adalah dengan tidak memakai kasut yang sama terlalu kerap.
5. Pakai ikut situasi
Jika anda tahu anda akan melakukan
aktiviti yang lasak, elakkan daripada memakai kasut yang anda benar-benar
gemari.
Protect your heels!
Protect your heels!
No comments:
Post a Comment