Life is beautiful, if u make it beautiful.

Life is beautiful, if u make it beautiful.
Showing posts with label Sembang. Show all posts
Showing posts with label Sembang. Show all posts

Saturday, August 31, 2019

Ujian Kecergasan


Pada hari Selasa itu aku dan Ain sedang makan tengah hari di sebuah restoran Cina yang sinonim dengan panggilan kedai Mee Tarik Pusanika. Bagi aku harganya berpatutan iaitu RM6 (setelah diskaun pelajar) dengan kuantiti nasi yang banyak serta tiga jenis pilihan lauk. Aku memilih ayam goreng kegemaran, telur yang dimasak bersama buah tomato dan sambal kentang. Keadaan di restoran ini juga aku rasakan bersih dan kondusif. Setelah aku menjamah separuh daripada juadah itu, aku menerima satu panggilan telefon yang nombornya agak asing bagi aku. Aku dan Ain hanya merenung paparan pada skrin itu. Aku pula masih was-was untuk menjawab panggilan itu kerana baru dua hari lepas aku menerima panggilan bank yang katanya aku pengguna debit yang bertuah dan terpilih untuk mengikuti skim insuran. Panggilan itu aku akhiri dengan "Maaf, mungkin saya tidak bertuah kali ini" noktah. Berbalik kepada cerita tadi, aku memilih untuk menjawab panggilan telefon itu setelah Ain menasihati mungkin itu panggilan penting (namun jika panggilan bank, sudah pasti kalian boleh meneka dialog yang akan aku suarakan). Ternyata itu ialah panggilan daripada salah sebuah Majlis Perbandaran. Katanya aku terpilih untuk menghadiri ujian kecergasan yang akan diadakan enam hari lagi. Makanan tengah hari yang masih berbaki separuh di atas pinggan sudah tidak mampu untuk aku telan kerana macam-macam perasaan yang sudah bercampur gaul dalam jiwa aku.

Petang itu sebelum aku meregangkan otot untuk menjalani latihan kecergasan, aku terlebih dahulu bertanya kepada Encik Google. Rata-ratanya ujian kecergasan ini melibatkan larian 2.4 km, bangun tubi, teka tubi, lompat jauh serta duduk dan jangkau. Maka bermulalah rutin aku selama 5 hari. Pada setiap petang aku akan berlari di sekitar kolej kediaman dan aku akan cuba mencatat masa. Dua hari berikutnya pula hujan dan aku hanya akan buat workout di bilik. Kelemahan aku ialah bangun tubi/ bangkit tubi dan sekali lagi aku meminta pertolongan Encik Google untuk mengetahui teknik dan cara mengawal pernafasan untuk mengekalkan stamina. Dua hari berturut aku merasakan sakit pada bahagian perut tapi aku biarkan sahaja dan aku meneruskan latihan sehinggalah rasa sakit itu hilang sendirinya. Pada hari keenam pula aku tidak melakukan sebarang latihan untuk memberi ruang pada tubuh untuk berehat.

Hari ketujuh merupakan hari ujian itu berlangsung. Aku tiba di perkarangan dewan 40 minit lebih awal sebelum sesi pendaftaran. Calon yang hadir mungkin dalam lingkungan 100 orang. Itulah perlawan yang aku pilih dan harus tempuhi. 100 orang bersaing untuk jawatan yang tidak sampai 5 kekosongan pun. Setelah itu berat dan ketinggian kami diambil sebelum dipecahkan mengikut kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 17 orang dan aku berada dalam kumpulan yang ketiga. Kami diberikan satu borang yang merangkumi semakan untuk bangun tubi (1 minit), tekan tubi (1 minit), lari ulang alik (beep test), lompat jauh berdiri dan duduk dan jangkau. Kami diagihkan ke check point berdasarkan kumpulan. Memandangkan aku dalam kumpulan 3, kumpulan ini harus memulakan ujian kecergasan dengan lari ulang alik dan aku merasakan itu adalah malapetaka buatku di awal pagi. Untuk lari ulang alik sebanyak enam kategori iaitu larian tidak melebihi 10 saat, 9 saat, 8 saat, 7 saat, 6 saat dan 5 saat berdasarkan jarak yang diberikan (jarak tidak pasti) serta larian haruslah sebanyak 8 kali untuk setiap kategori saat. Kakitangan MP memilih 2 orang yang sukarela untuk memulakan larian dan malangnya aku masih belum 'rela' untuk memulakan larian. Whistle ditiup dan kedua-dua calon memulakan larian untuk kategori tidak melebihi 10 saat. Peserta pertama meneruskan larian manakala peserta kedua menyerah kalah untuk kategori 9 saat setelah selesai larian 8 kali ulang alik untuk 10 saat. Kakitangan MP bertanya siapa ingin meneruskan larian? Lalu aku tampil ke hadapan sebagai calon ketiga (setelah menjadikan calon pertama dan kedua sebagai contoh) daripada 17 calon tadi. Aku memulakan larian daripada kategori 10 saat sehinggalah 7 saat. Secara totalnya, aku hanya mampu lari dengan menepati masa yang diberikan sebanyak 32 kali dan tewas untuk kategori 6 saat (larian lebih 6 saat tidak dikira). Sepanjang larian itu, ada juga suara-suara kakitangan yang menyuruhku berhenti berehat sahaja. Dengan pantas aku menjerit "Tak nak!" sambil mneruskan larian. Sebagai peserta ketiga, aku punya banyak masa untuk berehat sebelum menunggu calon lain dan meneruskan untuk seksyen yang seterusnya.

Setelah 17 calon selesai, kami dibawa ke seksyen seterusnya iaitu duduk dan jangkau manakala seksyen larian kami tadi telah diganti dengan kumpulan lain pula. Duduk dan jangkau ini mempunyai 5 bacaan iaitu 1 paling rendah dan 5 paling tinggi. Rata-rata calon aku kira tidak punya masalah di seksyen ini dan kebanyakannya mendapat bacaan 5. Tapi jangan ambil mudah!

Kemudian kami dibawa ke seksyen bangkit tubi. Bangkin tubi ini calon dikehendaki membuat bangkit tubi sebanyak mungkin dalam masa 1 minit. Jujur aku katakan aku agak lemah untuk seksyen ini. Kami dipecahkan mengikut pasangan yang mana calon lain akan membantu aku untuk menahan kaki dan membuat kiraan. Mujur calon yang bersama aku ketika itu seorang yang supportive dan memberikan kata-kata semangat sepanjang 1 minit itu berkangsung dan aku mampu melakukan 22 bangkit tubi dalam masa 1 minit. 

Seksyen yang berikutnya ialah tekan tubi dalam 1 minit. Untuk seksyen ini, aku telah menghabiskan 1 minit dengan sebanyak 35 tekan tubi. Aku lihat calon lain sudah mulai keletihan pada seksyen ini dan aku juga merasakan perkara yang sama kerana untuk tekan tubi yang ke-30, aku sudah mulai rasa menggelatar pada bahagian bahu dan pergelangan kaki. Ya, mungkin kami hampir kehabisan tenaga.

Manakala untuk seksyen yang terakhir ialah lompat jauh berdiri. Untuk kategori ini, aku mendapat 1.5 m daripada 2 m (keseluruhan).

Setelah semua selesai, kami duduk kembali dalam kumpulan dan setakat ini hanya dua kumpulan telah selesai semua seksyen. Sambil menunggu, aku dan calon lain sempat bersembang tentang pengalaman masing-masing dan masalah yang dihadapi sepanjang 'meraih' peluang untuk mencari pekerjaan. Sempat juga mata aku menjeling-jeling ke arah seksyen larian ulang alik tadi yang betul-betul berada di hadapan tempat kami berkumpul. Larian ulang alik sebagai pembuka ujian kecergasan buat kumpulan kami yang pada awalnya aku merasakan sebagai malapetaka, sebaliknya bertukar kepada sebuah kesyukuran. Manakan tidak, lihat saja tempat kami berkumpul betul-betul menghadap tempat larian, sudah pasti sedikit sebanyak menjadi tekanan buat calon-calon pada ketika itu.

Maka selesailah ujian kecergasaan pada hari itu. Dan iya, aku lenguh-lenguh badan selama 3 hari! Tapi itulah penglaman.

Friday, March 16, 2018

Jangan Bersedih


Mengharapkan kasih yang tidak kesampaian, itu memang lumrah kehidupan. Yakinlah bahawa meskipun Allah tidak memberi apa yang kita mahu, tetapi Allah akan beri apa yang kita perlu. Setiap manusia pasti merasakan cinta bahkan putus cinta itu juga perkara biasa. Namun, bezanya ialah bagaimana menangani rasa itu.

1. MASA
Rasa sedih adalah lumrah. Jika ingin menangis, menangislah sepuas hati. Luahkan segala yang terbuku di hati. Lepaskan segala rasa itu bersama air mata. Ambillah masa untuk memulihkan rasa kecewa dan mengadulah kepada Allah Yang Maha Esa.

2. MAAF
Bila berhadapan dengan masalah, refleksilah diri. Silapnya mungkin ada dalam diri kita. Pada saat itu, belajarnya untuk memaafkan diri sendiri dan juga orang sekeliling.

3.REDHA
Redhalah dengan segala yang telah berlaku. Redha mengajar kita menerima segala ketentuan Ilahi tanpa mempersoalkan itu dan ini. Yakinlah bahawa sesuatu yang terjadi itu bukanlah saja-saja tapi segalanya bersebab. Pelajari dan ambil hikmah di atas segala yang berlaku.

#Allah pertemukan kita dengan seseorang bukan sia-sia, tetapi pasti ada sebab.





Monday, October 17, 2016

Aktiviti Sukarelawan


Hai!
Terdetik pula dihati untuk menulis sedikit sebanyak pengalaman menjadi sukarelawan ni. Walaupun pengalaman tu tak banyak, tapi cukuplah disimpan buat kenang-kenangan (Ewah!).

1. Kuala Krau, Pahang

Penghujung tahun 2013 merupakan tahun pertama saya melibatkan diri dengan aktiviti sukarelawan di universiti (Semester 1). Bantuan yang diberikan adalah bantuan pascabanjir di Kuala Krau, Pahang. Pada masa yang sama, setiap sukarelawan telah diagihkan kepada keluarga angkat masing-masing. Kuala Krau tidak mengalami masalah banjir yang ketara dan bantuan yang diberikan  lebih kepada sumbangan makanan.

2. Guru Tuisyen

Sepanjang tahun 2014 (Semester 2 dan 3), saya  telah melibatkan diri sebagai sukarelawan untuk mengajar Matematik (Darjah 6) dan Bahasa Inggeris (Darjah 1-6). Pengalaman pertama mengajar tuisyen ini agak mencabar bagi saya kerana latar belakang pelajar boleh dikatakan agak complicated. Pernah suatu petang saya terkejar-kejar pulang dari kelas kerana belum menyediakan bahan untuk mengajar. Setelah saya memperoleh bahan dari internet dan buku, saya menunaikan solat Maghrib dan pergi ke kelas tuisyen. Bahan saya agihkan setiap seorang. Malangnya, seorang kanak-kanak perempuan berkata, “Cikgu, saya tak nak buat!”. Kertas ditolaknya ke tepi. Situasi yang berbeza daripada kanak-kanak yang sama, saya pernah mendapatinya meniru. Ya Allah! Saat tu cuma Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Hancur! Saya abaikan assignement dan tugasan lain seketika hanya untuk mengajar tetapi mereka ‘menolak’ untuk diajar. Tapi, saya tetap positifkan diri dan anggap inilah cabaran yang harus saya tempuhi. Kelas tuisyen ini bukanlah terhad kepada akademik sahaja tetapi mereka juga menjalankan aktiviti lain seperti kem dan program-program jemputan dari luar.



3. Sukarelawan Banjir 2.0

Pada tahun 2014, Malaysia juga pernah dilanda banjir yang dahsyat khususnya di negeri-negeri Pantai Timur sehingga memusnahkan banyak infrastruktur. Atas ajakan seorang sahabat baik, saya turut terlibat sebagai seorang sukarelawan meskipun ketika itu adalah minggu peperiksaan. Buat seketika kami abaikan urusan dunia. Segala sumbangan berbentuk pakaian kami uruskan di salah sebuah kolej di universiti. Pakaian yang disumbangkan adalah termasuk pakaian yang baru dan lama. Namun, saya dan beberapa orang sahabat agak kecewa dengan sumbangan yang diberikan kerana  ada yang sudah tidak elok dan berbau tidak enak (hancing). Bukan niat untuk mempertikaikan pemberian, namun alangkah lebih baik jika sumbangan pakaian yang diberikan adalah dalam keadaan yang elok dan bukanlah berdasarkan konsep untuk “mengosongkan stor rumah”. Setiap pakaian kami asingkan satu persatu. Kemudian, kami packing pakaian-pakaian yang elok dan masukkan ke dalam kotak untuk diagihkan.



4. Fasilitator & Humanitarion Mission for Homeless

Pada tahun 2015 (pengajian tahun akhir), saya terlibat sebagai fasilitator untuk sebuah program di rumah anak yatim di Kajang. Selain daripada menghulurkan bantuan kewangan, aktiviti sukan juga diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara fasilitator dan anak-anak yatim tersebut. Jujur saya katakan, program ini antara yang begitu dekat di hati.



Setelah selesai program ini yang berakhir pada tengah hari, saya meneruskan aktiviti sukarelawan pada hari yang sama untuk membantu gelandangan. Program ini juga salah satu anjuran universiti. Setiap kumpulan (terdiri daripada 5 orang) diberikan sebanyak RM200 untuk membeli barang keperluan bagi membantu gelandangan. Antara barangan yang dibeli termasuklah pakaian, makanan dan bantuan ubat-ubatan untuk diberikan kepada gelandangan di sekitar Jalan TAR, Masjid Jamek dan kawasan-kawasan di sekitarnya. Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian adalah untuk menjaga hati gelandangan. Ertinya, sekiranya di suatu kawasan terdapat lebih daripada seorang gelandangan, sumbangan yang diberikan haruslah  mencukupi tanpa mengabaikan yang lain.

***

Terlalu banyak kenangan, pengajaran dan pengalaman saya sepanjang menjadi sukarelawan bersama sahabat-sahabat baik saya. Pernah suatu ketika saya diuji sama ada untuk terlibat dengan aktiviti sukarelawan mahupun tidak kerana paper terdekat adalah pada dua hari lagi. Pada ketika itu saya berbelah bahagi sama ada hendak menelaah pelajaran atau turun membantu. Akhirnya saya dan sahabat karib saya turun ke tapak untuk membantu sehingga lewat malam. Alhamdulillah,  ia sama sekali tidak menjejaskan prestasi saya bahkan Allah  berikan ganjaran keputusan yang lebih cemerlang. Jika kita mudahkan urusan orang lain, Insya-Allah, Allah akan mudahkan urusan kita. :)

“Ijazah terbaik datangnya dari jalanan dari pengalaman bercakar dan bersalaman”

Sunday, May 1, 2016

Kursus Pra-Perkahwinan


Hai!
Dua hari yang bermanfaat sebab menghadiri kursus pra-perkahwinan yang dianjurkan UKM dengan kerjasama JAIS. Tak pernah terlintas di fikiran untuk menghadiri kursus sebegini di alam universiti (Haha!). Bila bagi tahu nak pergi kursus, mak dan abah pun galakkan sebab cari ilmu katanya. Sebenarnya dah berapa kali cuba untuk daftar kursus ini, tapi tidak ada rezeki. Kali pertama pergi Pusat Islam UKM, katanya pendaftaran untuk pelajar Tahun 3 sahaja (masa tu masih di Tahun 2). Tapi sempat daftarkan nama sebagai backup jika ada peserta yang menarik diri. Tahun 3 (semester pertama) juga cuba untuk daftarkan diri, tapi tarikh bertindih dengan program lain. Akhirnya kali ketiga (Tahun 3, semester akhir) baru ada rezeki untuk hadiri kursus. Kursus pra-perkahwinan ni diadakan selama dua hari (Sabtu dan Ahad, 8.30 am-5.30 pm/ 4pm) dengan yuran RM55 (student price). Sepanjang kursus (dua hari berturut-turut) asyik gelak tanpa henti sebab penceramah semuanya kelakar! (Penceramah awesome!) Walaupun bergelak ketawa, tapi perkongsiannya mantap. Lebih-lebih lagi apabila kesemuanya mempunyai pengalaman berumah tangga dan segala bentuk perkongsian yang dikongsikan bersama peserta. Apabila menyebut tentang alam perkahwinan, bunyinya seperti indah. Hakikatnya, kita menggalas amanah yang diberikan Allah SWT. Jika amanah itu digalas dengan sebaiknya, maka insya-Allah hingga ke Jannah. Jika sebaliknya... (tak nak cakaplah!). Last but not least, carilah ilmu sebanyak mungkin dan lengkapi diri dengan ilmu sebelum ke alam perkahwinan. :)


Saturday, April 16, 2016

Penulisan Ilmiah

Pelajar Tahun 3 dan Penulisan Ilmiah sememangnya berpisah tiada (Ha ha ha!). Lebih-lebih lagi sebagai pelajar Sejarah yang sangat memerlukan sumber primer untuk menyempurnakan penulisan. Rasanya mereka ni (pelajar Sejarah) dah melalui macam-macam tahap (tahap hujan, mendung, petir, puting beliung dan sewaktu dengannya) sebelum dapat menentukan tajuk yang muktamad untuk penulisan ilmiah ni. Pensyarah selalu ingatkan, "Pilihlah tajuk yang kamu suka/minat supaya kamu dapat menulis dengan penuh rasa riang, ria, gembira penuh gelak ketawa (Beliau tak cakap pun macam ni tapi maksudnya lebih kurang macam itu lah)". Bila ditanya rakan-rakan seperjuangan, berapa kali dah tukar tajuk? Jawapannya banyak kali. Duit yang 'hangus' macam tu sahaja sudah mencecah RM100+ (Tambang hendak ke arkib + fotostat bahan arkib dll). Bila bahan tak cukup dan tidak memuaskan, ataupun bertindih dengan tajuk penulisan lepas, sila ucap selamat tinggal kepada tajuk anda dan selamat memerah otak untuk memilih tajuk yang baru. Rasanya, saya sendiri juga telah bertukar tajuk berkali-kali dan mungkin ini tajuk yang ke-5 (Hahaha!). Mujur ada rakan-rakan yang sering memberi kata-kata semangat dan dorongan walaupun kadang-kadang rasa berputus asa  dah sudah tiada harapan (Harapan~ Harapan menjadi layu~ Lagu Hyperact mula berkumandang). Tapi, tak mungkinlah nak give up. Tak mungkin. Selalu pesan pada diri sendiri dan rakan-rakan, "Jika kita mampu bertahan untuk 2 tahun setengah, kenapa tidak untuk 5-7 bulan lagi?" Yes!!! You can do it! Don't give up guys! 


Thursday, April 7, 2016

Perjalanan Semester Akhir

Having a hard day this few weeks. Terkejar-kejar dengan assignment, thesis yang entah kemana, cari tempat intern yang tak sudi nak ambil kita (Hahaha!). Seperti apa yang my letter F cakap, don't worry, rezeki ada di mana-mana dan yang paling penting kena rajin. Adakalanya perancangan kita akan tersasar tapi itu bukan tandanya kita tidak usaha. Kita usaha, tapi tu tandanya tidak ada rezeki. Mungkin ada rezeki yang lebih baik akan menyusul. Jadi, kita perlu stay positif (husnudzon), teruskan usaha dan DON'T GIVE UP. :)

Sunday, March 27, 2016

Aman Palestin, Bangi


Tengah menyiapkan tugasan di bilik, tiba-tiba terngiang-ngiang kata-kata dari Cik Amy (pihak Aman Palestin) semalam. Katanya, di Palestin, sekiranya sesebuah bangunan itu hendak dihancurkan (dibom), mereka hanya diberi 5 minit untuk keluar dari bangunan. Bagi yang sempat keluar dari bangunan itu, maka selamatlah mereka. Jika sebaliknya, maka berpisahlah nyawa dari jasad. Di hospital, bangunannya pun tak macam hospital. Berlubang sana sini. Bekalan ubat-ubatan sangat terhad. Mereka tiada pilihan sehinggakan terpaksa menggunakan ubat yang telah tamat tempoh. Bilik mayat, tak payah ceritalah. Penuh dengan mayat wanita, orang tua, kanak-kanak. Perbualan terhenti seketika sebab hampir hanyut dibawa emosi. Tapi alhamdulillah Allah jaga mereka. Bilik mayat berbau sangat harum. Haruman orang-orang yang syahid. :')

Wednesday, February 18, 2015

Gubahan Perkahwinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers 

It almost the end of cuti semester and my brother is getting married. Yeayyyy! I'm a little bit nervous for him (Haha..). Alhamdulillah akhirnya my brother bertemu dengan tulang rusuknya tapi aku tak tahulah sekuat mana dia punya vibration setiap kali jumpa zaujah dia (wakakaka!). So, for the wedding preparation, gubahan perkahwinan pihak lelaki mak aku yang gubah dan dibantu oleh pembantu dia yang comel ni (Ehemmm...). Mak kata aku ni kreatif juga. Tak kreatif banyak, kreatif sikit je. Then dia kata aku boleh belajar bab gubahan ni. Aku pun tanya, apa kena mengena kos yang aku belajar di universiti dengan gubahan ni? Well, dia kata boleh jana income. Okay, aku terlupa yang mak aku ni otak business. Why not kan? I'll think about it later.

Ni antara gubahan untuk hantaran. Simple.



Ada yang dah siap dan ada yang masih belum siap. Nanti aku update lagi selepas wedding day ye. Kbai~

Wednesday, February 4, 2015

Al-Fatihah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Langit tak selalunya cerah. Dalam hidup kita ni, tak semuanya indah. Tapi aku percaya dan sangat percaya bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya. Kita merancang dan Allah juga merancang. Sudah pastinya perancangan Allah itu lebih indah. Orang kata untuk jatuh cinta itu hanya perlukan satu saat, tapi perlukan masa seumur hidup untuk lupakan orang yang kita cinta. Sometimes, we don't meet people by accident. They are meant to cross our path for a reason. 

Aku sedih dan sangat sedih setiap kali dengar pasangan yang kehilangan suami atau isteri di usia yang muda. Dulu, pernah terbaca kisah seorang wanita yang kematian suami selepas akad nikah sebab kemalangan. Wanita tu duduk dan terdiam kat atas kerusi di hospital. Dalam hati cuma bisik, "Tabahnya dia". Then, one of my teacher pula hadapi perkara yang sama but with a different situation. And now, it happened to my friend yang aku dah anggap sebagai kakak.

Mati itu pasti. Hidup pula hanya dengan izin Allah. "Kun fayakun". Allah kata jadi maka jadilah ia dan siapa kita untuk menidakkannya. To those yang telah kehilangan suami atau isteri yang disayangi meskipun jodoh kalian singkat dan teramat singkat, bersabarlah dan yakin bahawa Allah nak uji dan nak tengok sejauh mana kalian mampu pergi. Adakah kalian akan berpaling atau terus sujud kepada-Nya? Terpulang pada iman masing-masing. :)

"Tabahlah". Tapi tabah itu tak semudah seperti yang diungkapkan. Bila berhadapan dengan kematian, tak semua orang tabah, tak semua orang kuat. Lagi panjang tempoh hidup bersama, lebih banyak memori yang tercipta dan mungkin akan lebih sukar untuk seseorang lupakan pasangannya. Jika dilihat dari sisi yang positif, bersyukurlah sebab Allah masih bagi kesempatan untuk kalian hidup bersama meskipun kita tahu Allah boleh ambil nyawa hamba-Nya bila-bila sahaja. Allah boleh ambil nyawa arwah sebelum kalian diijab kabulkan. Tapi, sebaliknya. Allah jodohkan kalian kerana Allah telah pilih kalian untuk menjadi orang yang terakhir yang membahagiakan arwah. :')

Allah itu pemilik hati. Justeru, usah pinta diringankan ujian tapi berdoalah dan pintalah agar diberi hati yang tabah untuk mengharungi liku-liku kehidupan. Jika Allah bagi kita ujian, senyum dan bersyukurlah kerana itu tandanya Allah masih pandang kita. Tu tandanya Allah masih sayangkan kita. La tahzan, inallaha ma'ana. :')






Monday, February 2, 2015

Ayat-Ayat Cinta?

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers 

Hari ni aku nak belanja satu gambar. Hehe. Gambar ni aku dah share dekat Champak and people like it. Cukuplah mereka faham dan rasa apa yang aku cuba sampaikan (atototo). xD


Doa, ada yg termakbul dan tertunda. Terangkat dan tersimpan di dada langit yang penuh rahsia. Bagi aku, sweet tu bukanlah hanya dengan menghadiahkan someone sejambak bunga or candle light dinner and whatever. Tapi cukuplah jika dia menadah tangan dan mendoakan kesejahteraan kita di hadapan Allah SWT tanpa pengetahuan kita. Itulah ayat-ayat cinta yang sebenar. Hohoho. Aku rasa orang yang paling tak pernah lupa untuk mendoakan kita ialah mak ayah kita. Kan? I still remember bila nak exam. I call my parents and I said that tomorrow is my killer paper dan seram bakhanggg. Then my abah replied, "Tak apa, abah tolong dari sini". Auchhh. Terharu and melting bila dengar. Well, some people are worth melting for as what Orlaf said.  Sobsssss. Kadang-kadang, doa ini jugalah yang menyatukan manusia. Aku faham yang kadang-kadang manusia jarang berhubung sebab kadang-kadang kita busy dengan comitment masing-masing, tapi cukuplah kalau kita sentiasa ingat orang tu dan mendoakan kebaikan untuk mereka. Jika kita mendoakan seseorang itu, insha Allah malaikat juga akan mendoakan kembali perkara yang sama untuk kita. 

Oh ya, ni ada beberapa keping gambar lama. Setiap ayat yang ada dalam gambar tu dah lama tulis. Cuma baru berkesempatan nak share dekat blog. Peace yowwww! :D




Gambar-gambar ni aku tak share kat Champak sebab masa tu aku tak tukarkan dalam bentuk gambar lagi so yang ni aku dah update dan guna singkatan sarams. Tapi, aku cuma tulis dalam bentuk post biasa dan bukannnya bergambar. So, dekat Champak kalian akan nampak post yang ada content macam ni tapi aku guna nama ss. Kalau nampak nama sarams tu maknanya telah diperbaharui tapi content tetap sama. Tapi dekat page Champak aku akan kekalkan guna nama ss. Cuma sarams ni untuk tatapan blog aku je. ^_^

Saturday, January 31, 2015

Puisi Hiba

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers 


Hai hai hai! Selongkar punya selongkar lalu terjumpa la benda alah ni. Yang ni aku dah share dekat Champak juga. Tiba-tiba terdetik nak share kat sini. Puisi manusia dan topeng ni aku tulis masa dekat kafe fakulti. Some people panggil tempat tu Korea. Sampai sekarang aku pelik bin hairan kenapa mereka panggil tempat tu Korea. Tak tahulah celah mana Koreanya. I walked alone from my kolej ke fakulti dan memandangkan masih awal, aku lepak la kat 'Korea' sambil ditemani segelas milo ais (slrrrpppp). Masa tulis puisi ni sebak juga di dada ni haaa... Sebab memikirkan manusia yang bertopeng. Sedihkan kalau berhadapan dengan manusia yang macam ni. Tapi bagi aku, hampir semua manusia kat dunia ni bertopeng. They only show, what they want people to see. So, don't judge a book by its cover. 


Pernah berharap tak untuk jadi seperti batu? Jangan! Sebab manusia ialah sebaik-sebaik ciptaan. Tapi batu yang dimaksudkan cuma perumpamaan. Ya, sungguh aku berharap diberi hati yang tabah untuk mengharungi liku-liku kehidupan. Aku masih ingat yang kawan aku cakap, "This Dunya was designed to break our heart". Ya, dunia ini mengecewakan kerana isinya penuh dengan manusia yang iri hati, perasaan benci dan macam-macam lagi. Sound scary right? Haha... Tak apalah. Biarkan sahaja. Nak buat macam mana. 


The last one for this entry, puisi ni aku tujukan untuk yang bergelar sahabat. Aku tahu yang aku manusia biasa dan bukan maksum. Melakukan dosa dan kesilapan itu sudah pasti. Justeru, kalau aku buat silap, jangan takut untuk menegur. Sobsssss. Touching pula. Okay, I'm done! Enjoy reading! Insya-Allah next post juga berkaitan dengan koleksi puisi. Walaupun kadang-kadang aku rasa tak layak digelar puisi. Sobsssss. Touching lagi. Haha... Kbai! 

Friday, January 30, 2015

Puisi

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers 

As i promised before, I would like to share some of my poems. Sebelum kalian membaca dan menilai, tak semestinya puisi ni ditulis daripada catatan peribadi atau sebagainya, tapi lebih kepada pemerhatian dan pengalaman. Hoho. Walau apa-apa pun, just enjoy the beautiful of literature. Sebelum ni aku tak tahu kat celah mana nak buang puisi-puisi ni. Kebetulan aku jumpa satu page dekat Facebook iaitu Champak. Champak ni ibarat satu tempat yang mana orang-orang seperti aku tak tahu nak campak mana aksara mereka. Dekat page Champak ni juga, aku guna nama singkatan which is SS that stand for Sarahah Supian (lepas ni kantoi la). 


Puisi kat atas ni, salah satu puisi yang aku suka dan aku share dekat Champak juga. Tapi yang ni aku dah edit jadikan dia dalam bentuk gambar. Puisi ni dapat 193 like daripada pembaca page Champak. Bagi aku, like tu bukan untuk meraih publisiti atau sebagainya, tapi cukuplah sebagai suatu tanda yang pembaca suka dan mereka pun rasa apa yang aku cuba sampaikan. Dari situ aku boleh tingkatkan lagi kemahiran penulisan (Anyonyonyo).


Puisi yang kat atas ni pula, aku tak ada niat nak jadikan dia puisi. Ayat pertama dalam puisi ni pula adalah petikan daripada puisi dalam buku Sakralara (buku himpunan puisi) dan aku guna sebagai caption di Instagram. Kemudian aku sambung pula dengan beberapa baris ayat seperti di atas. Nak dijadikan cerita, seorang sahabat aku yang bernama SSS (Saidah Sakinah Sho) ni, dia sambung pula ayat yang aku tulis tu. Lastly, aku edit sikit lalu tercipta la puisi di atas (kredit to al-Abrour dan Sakralara).

Thursday, January 29, 2015

Happy 2015!

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers 

Sedihnya. Lama blog ni diabaikan. Maaf ye blog dapat tuan yang teruk macam aku. Sekarang tengah cuti semester and I miss UKM (boleh la...). Maybe I miss my friends so much. Now the end of semester 3 and bulan 2 nanti will be my fourth sem. Maknanya sem 2 untuk tahun 2 di UKM. Nervous though result tak keluar lagi. Hmmppp... You know what, I just discovered my new hobby. Haaa... jeng3! I read poems, collect poems and make poems. It is all about poem! Haha... A History student like poem? How can that be? Hoho. Well, cinta dan cita-cita itu berbeza. Cintaku pada puisi dan cita-citaku bersandarkan subjek Sejarah. Cakap pasal sejarah, as a History student, stress bakhanggg! Hahaha. Tapi itu dulu. Sekarang aku dah boleh handle tahap stress aku. (Boleh la...) Stress tu bila lecturer pulangkan semula and suruh betulkan semula esaimen tu.  Meleleh air mata. (Ececece...) Do you know how that feel is bila kau pulun-pulun buat esaimen and lecturer suruh kau buat balik. Tapi masa tu aku freshie dan masih tak khatam cara buat esaimen dengan baik. Now, i realise that is a good thing actually. Lecturer just nak bantu kita dapat markah yang baik. Jadi pelajar Sejarah  ni tak sah kalau tak menggoreng esei. Lebih-lebih lagi masa exam. Tangan menulis laju mengalahkan machine gun melepaskan tembakan. Kalau dah laju macam tu memang accident la jawabnya. Tulisan hampeh. Silap-silap tulisan kami yang menggunakan tulisan rumi ni, lecturer nampak macam tulisan cuneiform. Kahkahkah! Sebenarnya aku nak tulis entri pasal puisi tapi dah mengarut sampai sini pula dah. Haishhhh. Next time I'll share my buku-buku puisi ye! I promise! Chow~ ^_^


Wednesday, November 19, 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera readers

Fuhhh... Lama tak menyusun aksara di sini. Bukan kerana hilang rasa cinta untuk blogging cuma kadang-kadang terpana dan hilang kata-kata bila ujian datang bertalu. About life in Uni, everything is fine. Even though sometimes life is getting hard, but nak tak nak, you have to face the truth. Dalam hidup ni, macam-macam watak yang kita akan jumpa. Setiap watak tu pula datang membawa warna yang pelbagai lalu mereka hiasi warna itu di atas kanvas kehidupan kita. Ada warna cerah, ada warna gelap. Ada warna yang kita suka, dan ada warna yang kita tidak suka. Tak nak cakap banyak, cuma nak say hai je. Ada masa aku update lagi okay? hehe.. TQ pada semua yang follow aku selama ni sama ada secara terang-terangan ataupun senyap-senyap. Ehhh??? haha.. kbai.

Saturday, September 14, 2013

'Bas Ekspress' Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers. 

Rasanya aku dah pecah rekod sebagai blogger yang dah satahun lebih tak update blog. Hahaha..
Sekarang tengah melanjutkan pelajaran kat somewhere on earth. Kolej lengang sebab ramai yang balik rumah, lebih-lebih lagi hari Isnin ni cuti Hari Malaysia. Kesian dengan teman sebilik yang tak dapat balik kampung sebab jauh. Jadi aku putuskan untuk stay dekat kolej padahal kalau nak balik rumah kakak kat Putrajaya bila-bila pun boleh. Tapi aku tak nak pentingkan diri sendiri. Tiba-tiba aku rindu kat Mak dan Abah dekat Sarawak. Ingatkan nak call tapi takut ganggu mereka tengah bekerja dan tak nak susahkan mereka. Disebabkan terlalu rindu, tangan lantas mencapai kitab Allah. Dalam kepala aku terfikir tu je cara nak melepaskan rindu kat mereka. Selepas baca, beberapa saat kemudian tiba-tiba telefon bimbit aku berdering. Rupa-rupanya Abah yang telefon. Selepas habis berbual, terasa sayunya hati. Allah tahu apa yang tersirat dalam hati hamba-Nya. Kemudian aku teringat kata-kata daripada seorang sahabat, "Kalau kita lupakan al-Quran, al-Quran pun akan lupa pada kita". Terasa sayunya hati. Allah tahu apa yang diperlukan oleh hamba-Nya. Insya-Allah permintaan kita akan ditunaikan meskipun bukan dengan cara kita tapi dengan cara-Nya.

#Buat renungan bersama

Sunday, April 3, 2011

Arwah Nenek

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bismillahirrahmanirrahim...


Apa yang membuatkan hati aku terdetik untuk tulis entri kali ni ialah malam tadi, aku tak dapat tidur. Tiba-tiba jantung aku berdegup kencang dan teringat kat arwah nenek aku. Aku rasa macam dia dok sebelah aku je. Aku pun terus bacakan al-Fatihah dan berzikir untuk tenangkan hati. Lepas tu, aku pun kembali tenang. Arwah nenek dulu disahkan menghidap sejenis penyakit dan dalam seminggu je dia dah menghembuskan nafas yg terakhir. Yang buat aku terkilan, kematian dia adalah satu konspirasi. Tak pe lah, dah ajal dia nak buat macam mana kan? Malam tu, aku tengah tidur. Tiba-tiba aku terjaga! Tapi waktu tu aku 50-50 iaitu antara alam sedar dan tak sedar. Aku nampak arwah nenek kt hujung katil pakai jubah putih. Bila dia nampak aku tersedar dari tidur, dia terus lari menuju ke pintu bilik dan hilang.. Katil aku menghadap almari dan ada cermin besar. Aku sebenarnya tak nampak dia, tapi aku nampak dia melalui cermin. Korang faham tak? haha.. kalau tak faham tak pe la.. Lepas aku nampak arwah nenek aku tu, aku baca al-Fatihah dan terus menangis dalam kegelapan malam *walaupun bilik aku guna lampu terang..

p/s: aku anggap malam tu aku cuma bermimpi atau berhalusinasi 

Monday, January 31, 2011

Petikan drpd novel RANGGAU.. Juz wanna share it with u guys..

Biarpun kita bertuan, kita tetap bertuhan.
Biarpun kita mereka-reka, kita tetap ciptaan.
Apalah kita menjadi tuan sedangkan kita tetap hamba.
Apalah guna mengangkat kepala, sedangkan sujud tempatnya.
Lihatlah ke dalam diri, peperangan ada di sana.
Tempat kita di mana? Kalau bukan di situ.
Gelap dan sempit, dan fitnahnya teramat dahsyat.
Perjalanan yang jauh terasa perit.
Berliku-liku dengan wajah yang legam.
Siapakah yang mampu menolong?
Kalau bukan kamu yang berasa kerdil.
Lalu memencilkan jiwa dalam pandangan-Nya
Lalu sujud mewalangkan diri.
Lalu pulang ke pangkuan-Nya.
Kerdillah diri apabila kita pulang ke sana.
Bergelumang tanah di atasnya subur bunga-bunga.
Wahai Allah, terimalah kepulanganku hamba-Mu.