Persahabatan itu indah jika kita memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Belajar untuk menghargai dan bukannya menzalimi. Salah satu hadiah yang Allah berikan untuk kita adalah sahabat. Sahabat yang sentiasa ada bersama kita ketika kita susah dan senang. Saya yakin, apabila kalian membaca entri ini, sudah pasti akan terbayang wajah-wajah sahabat yang kalian sayangi. Ya, kerana saya juga begitu.
*************************************
Malam itu Marissa memilih untuk tidur di kolej kediaman Ain kerana ramai yang pulang ke kampung pada minggu itu. Sesampai sahaja di bilik Ain, Ain mengajak Marissa untuk solat berjemaah.
"Jom kita solat berjemaah nak?", tanya Ain.
"Tak nak", Marissa menjawab dengan bersahaja. Ain merenung tajam.
"Apasal pulak? Hishhh.. kau ni."
"Celah mana nak solat berjemaah? Telekung kau satu je. Huk alohhhh." Marissa tergelak nakal.
"Haa... kau tak tau. Aku ada telekung extra. Mimi hadiahkan" Ain mengeluarkan telekung yang masih kemas disimpan di dalam bungkusan yang terletak di dalam almari. Bercahaya muka Ain melihat telekung baru itu (bercahaya seperti nampak crush)
"Tadaaaa!" Ain membelek dan tersedar sesuatu. Marissa juga begitu.
"Alamak.. telekung tu terkoyak la Ain! Tengok tu." Marissa menunjukkan bahagian yang terkoyak pada telekung.
Marissa cuba untuk menahan gelak. 'Niat nak solat berjemaah, tapi telekung koyak! Hahaha'
"Kau jangan bagitau dekat Mimi telekung yang dihadiahkan tu terkoyak tau. Kecewa dia nanti"
"Memang aku tak nak bagitau pun."
"Tak apalah. Kau solat dulu. Aku solat lepas kau"
***
"Tu.. kau guna berus gigi Saidah. Hari tu dia tidur kat bilik aku. Berus gigi dia tertinggal. Haa.. kau gunalah. Kata ukhwah bonding. Hahahahaha!" Ain gelak jahat.
"Kau agak-agaklah sikit. Ukhwah bonding pun takkanlah sampai kongsi berus gigi!"
"Yelah. Nanti kita ambik berus gigi kau".
Sudah menjadi kebiasaan untuk Marissa memberus gigi sebelum tidur. Diletaknya berus gigi itu di tepi katil. Esok mereka ada kuliah Asia Tenggara Moden pada jam 10 pagi.
***
"Ain bangun! 9.20! Dah lambat. Mana towel kau bak sini. Aku mandi dulu sebab aku mandi cepat"
Marissa terus mencapai sabun dan berus gigi yang disimpan oleh Ain di dalam bakul. Sepantas kilat Marissa memberus gigi. Kemudian berus gigi itu diletakkan di tepi sinki. Terbeliak mata Marissa melihat berus gigi itu.
'Woit! Ni berus gigi Ain'. Marissa hanya mampu menggelengkan kepala.
"Ain, aku terguna berus gigi kau."
Sememangnya berus gigi mereka seakan sama kerana dibeli bersama-sama dan bezanya cuma pada warna.
"Tahulah ukhwah bonding. Tapi ni dah tahap sampai terkongsi berus gigi ni macam mana ni? Nak elak guna berus gigi Saidah, terguna pulak berus gigi kau. Aduhhhh... hantu betul", kata Marissa.
"HAHAHAHAHA!!!" Ain tergelak bagai tak ingat dunia.
-The end-
No comments:
Post a Comment