Life is beautiful, if u make it beautiful.

Life is beautiful, if u make it beautiful.

Friday, September 18, 2015

Kepentingan Pada Zaman Awal Moden Dalam Memahami Sejarah Asia Tenggara.


1.0 PENGENALAN

Selat Melaka atau suatu ketika dahulu dikenali sebagai Laut Melayu merupakan suatu nama yang sudah tidak asing lagi oleh pelayar dan pedagang Arab yang tiba ke Nusantara untuk berdagang di Dunia Melayu. Terdapat beberapa kajian awal yang telah dilakukan oleh para sarjana yang mengatakan bahawa asas peradaban Melayu adalah berteraskan kegiatan perdagangan dan kehidupan maritim. Pada umumnya, terdapat sembilan lautan yang memisahkan dan mencantumkan Dunia Melayu, iaitu Laut Melayu, Laut Jawa, Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Banda, Laut Flores, Laut Sulawesi, Laut Maluku dan Laut Seram.[1] Sembilan lautan yang terdapat di laut Melayu ini telah membentuk satu jaringan ekonomi yang penting serta penyumbang ke arah pembentukan sesebuah peradaban dan kegiatan perdagangan. Oleh itu, Dunia Melayu yang dibentuk oleh masyrakat maritim dilihat telah berjaya menyatukan masyarakat maritim di Asia Tenggara.
            Terdapat beberapa penempatan awal kerajaan Melayu yang mana antaranya ialah  Beruas, Kedah, Sungai Lang dan Melayu (Sumatera) yang telah wujud sejak awal abad Masihi lagi.[2] Hal ini jelas memperlihatkan kehebatan orang Melayu pada ketika itu yang begitu aktif dalam menguasai perdagangan yang melalui Laut Melayu. Menurut Nordin Hussin di dalam bukunya yang bertajuk Perdagangan dan Peradaban di Laut Malayu, terdapat tiga aspek utama yang telah membentuk peradaban Melayu iaitu lautan, pelayaran dan perdagangan.[3] Ketiga-tiga aspek inilah yang telah menyatukan kehidupan masyarakat Melayu yang mendiami sekitar kawasan Laut Malayu.[4]
            Pada ketika itu, terdapat pelbagai pelabuhan di sekitar Laut Melayu yang merupakan tempat pengumpulan dan perdagangan barangan dan juga komoditi tempatan untuk didagangkan kepada pedagang yang datang dari Timur dan Barat. Peranan Laut Melayu begitu terserlah apabila Laut Melayu menjadi penghubung kepada jalan perairan iaitu di antara barat dan timur. Terdapat juga beberapa bukti penemuan tapak industri besi di Jeniang dan di Sungai Batu, Kedah serta dianggarkan dibina pada abad ke-2 Masihi. Berdasarkan penemuan tersebut, kedua-dua penempatan tersebut menggambarkan bahawa wujudnya sebuah kerajaan yang berteraskan maritim dan aktiviti perdagangan menjadi tunjang utama ekonomi masyarakatnya pada ketika itu.[5] Usaha dalam menguasai Selat Melaka ini adalah disebabkan oleh kedudukan strategik Selat Melaka yang menghubungkan laluan perdagangan timur dan barat dan persaingan di antara Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) dan Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) ini menurut Nordin Hussin adalah kerana, mereka sedar bahawa sesiapa yang mendominasi dan mengawal Selat Melaka ini akan turut menguasai kekayaan menerusi kegiatan perdagangan di Selat Melaka ini.
Memang tidak dinafikan bahawa, hampir kesemua peradaban Melayu awal yang terbentuk di sekitar Laut Malayu adalah berteraskan kepada dunia kelautan dan perdagangan. Rentetan daripada pembentukan dan perkembangan peradaban Melayu awal di Laut Malayu, maka muncul sesebuah kerajaan di selatan Semenanjung Tanah Melayu iaitu Kerajaan Johor-Riau. Seperti peradaban Melayu awal yang lain, kerajaan Johor-Riau juga ialah sebuah kerajaan yang berteraskan kepada dunia kelautan dan perdagangan. Ia terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara timur dan barat. Dengan kedudukan geografi yang strategik ini, kerajaan Johor Riau telah membentuk peradabannya yang berteraskan kepada kegiatan perdagangan, perkapalan dan kegiatan maritim.[6] Oleh itu, masyarakat pedagang dan maritim yang mewarnai suasana pembentukan dan perkembangan kerajaan-kerajaan awal Melayu seperti Srivijaya dan Melaka juga dapat dilihat kehadirannya dalam arena politik kerajaan Johor Riau.
Walau bagaimanapun, terpisahnya kehidupan dan petempatan masyarakat Melayu telah disatukan semula oleh dunia maritim dan akhirnya membentuk kepada percambahan peradaban masyarakat Melayu. Kesannya, kedatangan pelayar dari setiap pelosok dunia telah membawa kepada perkembangan dan peningkatan peluang ekonomi berasaskan perdagangan antarabangsa dan antara wilayah. Hasil daripada limpahan kehadiran mereka ini telah mewujudkan kehadiran secara berterusan para pedagang dengan pelbagai barang dagangan, dan pelbagai komuniti yang mendiami di wilayah sekitarnya semakin aktif dalam mengusahakan perdagangan antarabangsa.[7]


2.0 KEPENTINGAN ZAMAN AWAL MODEN (1400-1840AN)
Zaman awal moden telah menyaksikan pelbagai perubahan yang berlaku di Asia Tenggara. Setiap perubahan tersebut adalah ekoran daripada peranan yang dimainkan oleh penduduk tempatan dan juga campur tangan kuasa luar sehingga mendatangkan pelbagai perubahan dan kesan ke atas sesebuah kawasan  sama ada dari segi politik, ekonomi, mahupun sosial. Oleh itu, terdapat pelbagai aspek yang boleh dikaji bagi menghuraikan kepentingan pada zaman awal moden dalam memahami sejarah Asia Tenggara.

2.1 Perkembangan Aktiviti Perdagangan
Zaman awal moden telah menyaksikan bahawa wujudnya perkembangan yang pesat dalam bidang perdagangan di  Laut Melayu. Aktiviti perdagangan memainkan peranan yang penting kepada orang Melayu kerana perdagangan merupakan salah satu sumber ekonomi terpenting pada ketika itu. Oleh itu, orang Melayu amat dikenali dengan gelaran masyarakat perdagangan dan aktiviti perdagangan ini pula lebih tertumpu kepada aspek maritim. Hal ini demikian kerana, Laut Melayu adalah menjadi titik yang menghubungkan antara Barat dan Timur. Laut Melayu bertindak sebagai jalan air serta laluan perdagangan antara China dan India. Hal ini turut disokong oleh kuasa Eropah iaitu dengan mengatakan bahawa sesiapa yang menguasai Laut Melayu maka mereka  dapat menguasai kekayaan perdagangan secara sepenuhnya.[8]
            Laut Melayu merupakan kawasan yang sangat strategik jika dikaji dari sudut geografinya. Laut Melayu merupakan tempat transit serta menjadi pembekal bahan-bahan segar dan makanan kepada golongan pedagang yang ingin berlayar jauh. Laut Melayu juga merupakan tempat untuk mengumpul segala barangan yang datang dari gugusan kepulauan Melayu untuk diedarkan kepada pedagang yang datang dari India dan China. Kedudukannya yang strategik juga telah menjadikan Laut Melayu sebagai tempat yang selamat untuk para pedagang berhenti dan berlindung sementara menunggu perubahan tiupan angin ke timur dan ke barat.[9]
            Jika ditelurusi melalui aspek sejarah, para pedagang India sejak dahulu lagi telah berdagang di Laut Melayu untuk mendapatkan barangan seperti emas, rempah-ratus dan herba yang digunakan dalam bidang perubatan yang dibawa dari pelbagai tempat dan wilayah di gugusan kepulauan Melayu. Laut Melayu bukan sahaja didatangi oleh pedagang dari India, malahan terdapat juga pedagang dari Arab, Parsi dan selatan China. Walaupun pedagang dari selatan China amat jarang berdagang di Laut Melayu sejak abad ke-16, namun mereka masih menjalankan aktiviti perdagangan di Laut Melayu dan wilayah di sekitarnya. Kekayaan hasil bumi yang terdapat di Laut Melayu menjadikannya sebagai sebuah kawasan tumpuan serta mempunyai daya tarikan.
            Selain itu, arah aliran tiupan angin monsun juga dilihat sebagai antara penyumbang kepada perkembangan aktiviti perdagangan di Laut Melayu. Hal ini demikian kerana, para pelayar amat bergantung kepada tiupan angin monsun untuk menuju ke sesuatu destinasi. Perubahan arah tiupan angin monsun telah berjaya menyatukan para pedagang dari Lautan Hindi, gugusan kepulauan Melayu dan Tanah Besar China. Hal ini demikian kerana, perdagangan antara Barat dan Timur serta antara Laut Melayu dan gugusan kepulauan Melayu amat terikat kepada arah aliran tiupan angin monsun. Angin monsun di barat daya akan membawa pedagang dari gugusan kepulauan Melayu ke kepulauan rempah, manakala angin monsun timur laut akan membawa mereka ke Sumatera dan pelabuhan di Laut Melayu. Namun begitu, segala aktiviti perdagangan tetap ditentukan oleh tiupan angin monsun walaupun pelabuhan di Laut Melayu boleh disinggahi pada bila-bila masa khususnya pada kesemua musim angin monsun.     
            Bulan April merupakan bermulanya angin monsun yang pertama manakala bulan September merupakan permulaan bagi angin monsun yang kedua dan para pedagang dari India akan memulakan pelayaran mereka ke Laut Melayu dan arah ke Timur bermula awal bulan Mei. Pada ketika itu, mereka akan menetap sehingga bulan Januari sebelum pulang ke India. Selain daripada pedagang India, pedagang dari China turut mendapat faedah apabila tiupan angin monsun tenggara membantu mereka untuk pulang ke tanah besar China. Seperti yang berlaku kepada pedagang India, pedagang China juga terpaksa tinggal di Laut Melayu setelah tiba di Laut Melayu pada bulan Disember sehingga penghujung bulan Jun untuk kembali semula ke tanah besar China. Ketiadaan teknologi pelayaran yang canggih pada ketika itu telah menjadikan pelayar khususnya para pedagang amat bergantung sepenuhnya kepada tiupan angin monsun. Kedudukan Laut Melayu yang strategik menjadikan Laut Melayu sebagai suatu kawasan transit dan pada masa yang sama berlakunya aktiviti perdagangan yang giat dijalankan.
            Perubahan angin monsun telah mendatangkan kesan untung rugi bagi pedagang yang datang ke Laut Melayu. Pedagang yang tiba awal berpeluang untuk mendapatkan serta mengumpul barangan yang berharga. Para pedagang ini lazimnya akan membeli barangan tersebut dengan harga yang murah dan mereka akan menjual semula barangan tersebut dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal bagi memperoleh pulangan yang lumayan. Para pedagang juga turut menempatkan wakil di setiap pelabuhan untuk menjalankan aktiviti perdagangan mereka contohnya, para pedagang Eropah. Pedagang Eropah turut membina kota serta petempatan bagi tujuan penyimpanan khususnya barang dagangan dan juga untuk petempatan wakil mereka demi kepentingan politik mereka di situ.[10]
            Pedagang yang tiba di kebanyakan pelabuhan penting di Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada dua kumpulan yang utama. Kumpulan yang pertama ialah pedagang jarak jauh yang datang daripada Eropah, India dan China. Kumpulan pedagang yang kedua pula ialah pedagang jarak dekat yang datang dari pelbagai pelabuhan di gugusan Kepulauan Melayu. Peniaga dan saudagar-saudagar ini pula boleh dibahagikan kepada empat kumpulan yang utama. Kumpulan yang pertama datang daripada pedagang dan saudagar Eropah dari syarikat-syarikat perniagaan yang utama, VOC dan EIC, dan pedagang Eropah yang lain seperti Portugis, Denmark, Sepanyol, Perancis dan peniaga-peniaga negara Inggeris. Kumpulan yang kedua pula ialah pedagang India yang datang dari subbenua India, termasuklah Chulia Muslim, Hindu, Moor dan Gujarati. Seterusnya ialah kumpulan ketiga iaitu pedagang Cina daripada China, manakala kumpulan yang terakhir ialah pedagang yang datang dari gugusan (orang asli, Burgher, China, Arab, Culia dan Hindu).
            Terdapat pelbagai barangan yang diperdagangkan oleh pedagang dari benua kecil India-Asia Tenggara-China dan komoditi tersebut boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu barang buatan yang telah siap, barang untuk kegunaan manusia, bijih, hasil hutan dan hamba.[11] Para pedagang dari benua kecil India-Asia Tenggara-China lazimnya memperdagangkan barangan keperluan harian seperti garam, gula, bijirin dan tekstil. Selain itu, barangan seperti kain sutera, kain kapas dan tekstil, pinggan mangkuk, porselin, tembikar, barangan kaca, barang kemas wanita, emas bertatahkan permata dan dan batu permata yang dipotong dan digilap juga turut diperdagangkan dan barangan-barangan tersebut merupakan kategori barang-barang yang telah siap.[12] Terdapat juga barang dagangan yang terdiri daripada bahan mentah yang diperdagangkan dalam perdagangan maritim dan daratan.
            Komoditi yang dikeluarkan di Asia Tenggara telah mendapat permintaan yang tinggi di Tanah Besar China. Contohnya, gamat atau trepang telah mendapat permintaan yang tinggi dari China dan hasilnya hanya boleh didapati di dasar laut di kepulauan Melayu. Namun begitu, gamat tidak mendapat permintaan yang tinggi di benua kecil India. Selain gamat, sarang burung yang boleh dimakan, gading gajah, hasil hutan untuk perubatan daripada binatang dan herba juga sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada pedagang China. Pedagang China juga lebih mahukan lada hitam dan lada hitam sentiasa menjadi komoditi yang mendapat permintaan yang tinggi daripada orang Asia dan Eropah. Pedagang China, Arab dan India juga kerap membuat permintaan komoditi seperti gam resin, kemenyan dan kayu wangian bagi tujuan keagamaan. Hal ini berbeza pula dengan pedagang Parsi kerana mereka lebih gemar untuk mendapatkan rempah ratus seperti cengkeh, buah pala dan mace.[13] Tidak semua komoditi mendapat permintaan yang tinggi di semua tempat kerana permintaan tersebut adalah bergantung dengan kepentingan masing-masing. Namun begitu, masih terdapat komoditi yang sentiasa mendapat permintaan di mana-mana di Asia. Contohnya, beras mendapat permintaan di mana-mana sahaja kerana beras merupakan makanan ruji orang Asia.
            Pada abad ke-16 hingga ke-19, komoditi yang mendapat permintaan yang banyak di Asia Tenggara adalah seperti lada hitam, rempah ratus, emas, bijih timah dan hasil hutan seperti rotan, kayu gaharu dan cendana. Manakala permintaan tinggi dari seperti kain kapas, candu dan pelbagai barangan siap dari India dan China. Asia Tenggara juga terkenal dengan pengeluaran kain batik serta tenunan dari Jawa, Bugis, Aceh dan Terengganu. Namun begitu, permintaan kain kapas dari India adalah lebih tinggi berbanding Asia Tenggara dan China kerana kain kapas tersebut adalah lebih bermutu, tenunan yang lebih cantik, berwarna emas, memiliki motif dan warna kain yang pelbagai. Antara tarikan lain kain kapas India juga adalah kain tersebut dijual pada harga yang berpatutan dan membolehkannya dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat.
            Pada abad ke-18, emas merupakan sumber penting kepada pendapatan eksport Melaka dan juga merupakan eksport yang utama pada ketika itu. Kebanyakan emas datang dari daerah Minangkabau yang dilombong secara meluas   di negeri pengeluar emas utama seperti Patapahan, Indragiri dan Jambi. Pada 1749, jumlah nilai emas dari daerah tersebut adalah sebanyak 53,640.7 guilders.[14] Hasil hutan seperti rotan, gading gajah, sagu, dammar, kayu gaharu, herba dan ubatan seperti batu bezoar juga didagangkan yang mana kebanyakannya di bawa dari Sumatera dan pedalaman Semenanjung Tanah Melayu.[15] Walaupun begitu, VOC tidak melihat perdagangan hasil hutan sebagai suatu yang penting dan menguntungkan ketika VOC memerintah Melaka. Justeru itu, aktiviti ini kebanyakannya dijalankan serta dikuasai oleh pedagang Burghers Belanda, manakala Belanda hanya memperoleh pendapatan menerusi cukai yang dikenakan.
            Bahan eksport yang penting di Melaka juga adalah seperti lada hitam. Lada hitam lazimnya diperolehi daripada Sumatera dan wilayah sekitarnya. Walaupun Melaka bukanlah pengeluar lada hitam yang penting, namun ia tetap berfungsi sebagai pengawal pasaran, dan perjalanan perdagangan bahan tersebut dari Palembang dan Jambi.[16] Sewaktu Melaka di bawah penguasaan Belanda, Belanda juga gagal menguasai sepenuhnya pasaran dan perniagaan lada hitam di kawasan Laut Melayu. Hal ini demikian kerana, aktiviti yang dimainkan olehpedagang swasta yang berdagang di Johor-Riau yang amat mudah mendapatkan lada hitan dengan harga yang murah serta banyak.
            Kain dari India juga merupakan komoditi utama dan penting yang dieksport semula dari Melaka untuk dihantar ke pelabuhan Melayu di Dunia Melayu. Pada awalnya, perniagaan dan perdagangan kain India dari Pantai Koromandel dilakukan oleh pedagang India dan India Muslim dari benua kecil India. Belanda telah menafikan pemberian pas perdagangan kepada pedagang dari India untuk membawa kain kerana Belanda bertekad untuk mengawal dan menguasai arah aliran perdagangan di Laut Melayu. Tambahan pula, pas perjalanan membawa kain mestilah diambil atau dibeli di Melaka. Tindakan tersebut merupakan salah satu cara untuk memastikan semua pedagang kain yang membawa kain India membawa semua barangan tersebut ke Melaka. Pada abad ke-17, rancangan untuk menguasai sepenuhnya secara monopoli perdagangan kain di Laut Melayu terpaksa dibubarkan kerana semakin ramai pedagang yang datang tidak singgah ke Melaka atau mengelakkan pelayaran ke Melaka. Namun, mereka telah membuat pelayaran secara terus ke pelabuhan Melayu seperti Aceh, Ujong Salang, Kedah, Perak dan Johor-Riau.[17]
            Kedatangan pedagang Inggeris adalah sangat dinanti-nantikan di kepulauan. Pedagang Inggeris lazimnya akan membawa barangan yang mendapat permintaan yang tinggi seperti gula, sutera, dan kain India. Pedagang Portugis yang datang dari China ke Melaka sewaktu dalam perjalanan ke Madras dan pantai Malabar gula, saltpetre, sutera, porselin, alum dan redwood. Pedagang dari Jawa iaitu Jawa-Cina, Jawa-Melayu, Jawa-Burghers Belanda, lazimnya akan datang ke Melaka dengan membawa hasil agrikultur, makanan dan hasil hutan. Pada September 1780, terdapat 9 kapal yang datang dari pelbagai kawasan di Jawa tiba ke Melaka; 4 dari Gresik, 1 dari Suarabaya, 3 dari Semarang dan 1 dari Cheribon.[18] Barangan yang datang dari Jawa kebanyakannya ialah beras, garam, kekacang, minyak, kain Jawa, tembakau Jawa,dan gula Jawa, manakalabarangan yang diambil dari Melaka adalah seperti gambir, amballo, dammar dan belacan/terasi.[19] Corak perjalanan nampaknya telah menjadi salah satu di mana ramai belayar dari pelabuhan mereka terus ke Melaka, bahkan mereka berhenti di pelabuhan-pelabuhan lain yang terdapat di Selat atau di Batavia hanya ketika perjalanan mereka pulang.
            Pedagang Moor kebanyakannya datang dari Surat, Negapatnam dan Porto Novo di India. Kapten yang kerap ke Melaka adalah seperti Syed Mohammad dari Porto Novo. Beliau pernah belayar di antara Nagapatnam dan Melaka bersama dengan 200-lasten kapal yang lengkap dengan senjata bersama dengan 8 meriam dan 59 orang anak kapal. Pada Februari 1780, iaitu ketika perjalanan balik dari Melaka ke Nagapatnam, kebanyakan barangan yang di bawa oleh beliau ialah makanan dan produk agrikultur. Pada Oktober 1780, beliau telah datang semula ke Melaka, dengan membawa barangan dari Pulau Koromandel, seperti kain India dan garam. Beliau telah menetap di Melaka selama 4 bulan dan pada Februari 1781, beliau kembali ke Nagapatnam bersama dengan barangan yang datang dari China dan kawasan gugusan kepulauan.[20]
            Kebanyakan pedagang Melayu pula datang dari Sumatera. Barangan yang kerap dibawa oleh mereka adalah hasil hutan dan makanan seperti sagu, nasi dan padi. Kebanyakan pedagang cenderung untuk membawa hanya sejenis produk ketika dalam perjalanan ke Melaka, namun mereka akan kembali ke Sumatera dengan barangan termasuklah kain India, garam dan tembakau Jawa. Pedagang Bugis yang kebanyakannya datang dari Riau dan Selangor, tetapi pada sekitar tahun 1790, kebanyakannya datang dari Selangor, Trengganu dan Trantan. Laluan yang selalu digunakan adalah meliputi Riau, Melaka dan Selangor. Pedagang Bugis akan datang membawa kain Bugis atau tidak membawa sebarang barangan langsung tetapi akan membawa pulang pelbagai jenis kain India yang terdapat di Melaka.

2.2 Wujud Pelabuhan dan Bandar Pelabuhan
 Gugusan kepulauan Melayu-Indonesia adalah terletak di persimpangan iaitu di antara benua kecil India dan China yang dikenali sebagai tempat perjalanan perdagangan yang sibuk di bahagian Timur.[21] Kedudukan Laut Melayu yang strategik dan terlindung daripada tiupan angin monsun serta pelbagai barangan perdagangan yang ditawarkan telah menjadikan Laut Melayu sebagai suatu kawasan yang mempunyai daya tarikan. Berikutan wujudnya aktiviti perdagangan yang pesat di Laut Melayu, maka wujudnya banyak bandar pelabuhan seperti Aceh, Kedah, Melaka, Siak dan Riau. Bandar pelabuhan memainkan peranan yang penting kerana di situlah merupakan tempat tumpuan penduduk dan segala urusan perdagangan dijalankan.
            Semenjak abad ke-17, Aceh telah menjadi sebuah pelabuhan yang penting di utara Sumatera. Aceh berperanan sebagai sebuah kerajaan yang berkuasa di perairan Sumatera di bawah tampuk pemerintahan Sultan Iskandar Muda (1607-1636). Aceh telah meluaskan kuasanya meliputi utara Sumatera hingga ke Deli (Aru) iaitu di bahagain timur wilayah Semenanjung Tanah Melayu. Bandar Aceh Dar-es-Salam iaitu pusat pemerintahan Aceh terkenal sebagai pusat perniagaan dan perdagangan yang mengendalikan perdagangan Intra-Asia.[22] Kedudukan dan kekuasaan Aceh sebagai sebuah bandar pelabuhan yang penting telah menarik minat ramai pedagang dari Eropah dan India untuk datang ke Aceh. Di Asia Tenggara juga, terdapat banyak bandar pelabuhan yang telah lama dan bertahan dan antaranya ialah Tenasserim, Mergui, Kedah dan Junk Ceylon yang terletak di luar pantai barat daya Thailand. Kewujudan bandar-bandar pelabuhan itu telah berjaya mewujudkan suatu bentuk jaringan perdagangan di antara bahagian pantai barat India (Malabar), Pantai Koromandel di teluk Benggala dan bandar pelabuhan yang terletak di barat laut gugusan kepulauan Melayu.[23]
            Aktiviti perdagangan di bandar-bandar pelabuhan itu adalah berbentuk dua hala dan pedagang dari Aceh sering belayar hingga ke Pantai Koromandel dan utara bahagian Semenanjung Tanah Melayu dan begitu juga sebaliknya. Walaupun bandar pelabuhan yang pesat dan penting diutamakan, namun bandar pelabuhan yang kecil tidak dilupakan dan tidak diabaikan kerana bandar pelabuhan yang kecil akan dikendalikan oleh penduduk tempatan. Bandar pelabuhan yang turut menggalakkan wujunya aktiviti perdagangan Intra-Asia juga termasuk Melaka, Johor-Riau, Siak, Betawai, Makassar dan bandar pelabuhan yang terletak di utara pantai pulau Jawa seperti Ceribon, Juana dan Semarang. Bandar-bandar pelabuhan ini mempunyai jaringan yang besar yang merangkumi wilayah China dan benua kecil India.[24]
            Selain itu, Siak juga telah menjadi salah sebuah bandar pelabuhan yang penting bahkan Siak turut menghubungkan kawasan pedalaman Sumatera dengan dunia luar termasuklah bandar pelabuhan Melaka. Selain Siak yang terletak di pantai utara Sumatera, Batu Bara juga menjadi tumpuan kebanyakan pedagang Melayu pada ketika itu. Batu Bara berkembang dan menjadi sebuah pelabuhan yang penting setelah kejatuhan Johor-Riau. Terdapat ramai pedagang Melayu di situ yang turut menjadikan Singapura sebagai jaringannya menjelang abad ke-19. Singapura turut memainkan peranan yang penting kerana ramai pedagang di Batu Bara yang memperoleh modal di Singapura.
            Sumatera yang kaya dengan hasil buminya seperti hasil hutan, emas dan lada hitam telah menjadikannya sebagai tempat tarikan perdagangan. Hal ini jelas membuktikan bahawa kekayaan hasil bumi yang dimiliki oleh Sumatera merupakan batu loncatan yang menaikkan Sumatera dalam aktiviti perdagangan bahkan menjadikannya sebagai sebuah bandar pelabuhan yang penting. Kejatuhan Johor Riau pada 1784 juga menjadikan Siak dan Batu Bara sebagai bandar pelabuhan yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Melaka.
            Betawi, Ceribon, Semarang, Juana, Gerisik dan Makassar merupakan pelabuhan yang amat penting di Laut Jawa. Pelabuhan-pelabuhan ini memasarkan komoditi seperti rempah, hasil laut dan hutan. Belanda telah menjadikan Betawi sebagai sebagai pusat pentadbiran Belanda di bahagian Timur serta menghubungkan pedagang di Laut Jawa dengan pedagang dari Tanah Besar China. Belanda telah mengetatkan bahawa kapal yang berdagangan ke gugusan Melayu-Indonesia hanya dipusatkan di Betawi. Dasar yang ketat ini telah menjadikan jumpah kapal yang berlabuh di Melaka mengalami penurunan serta memberikan kesan perdagangan kepada China dan Melaka. Berikutan daripada dasar yang dijalankan oleh Belanda, bandar pelabuhan di Tanah Besar China seperti Amoy, Canton dan Macao hanya mempunyai hubungan perdagangan menerusi Betawi dan bahagian Barat Borneo sahaja.
            Terdapat dua kelompok besar pedagang yang datang ke bandar pelabuhan Asia Tenggara. Kelompok yang pertama ialah para pedagang yang datang dari Eropah, benua kecil India atau China manakala kelompok yang kedua ialah pedagang yang datang dari bandar pelabuhan di gugusan Nusantara. Pedagang-pedagang ini pula boleh dikategorikan kepada empat kumpulan yang utama. Kumpulan yang pertama dan merupakan kumpulan terbesar ialah pedagang Melayu dan Bugis bahkan terdapat juga pedagang Jawa dan dari luar Dunia Melayu seperti pedagang Burghers, China, Arab, Culia dan Hindu. Kumpulan kedua pula merupakan pedagang dari Eropah iaitu Syarikat India Timur Belanda (VOC), Syarikat India Timur Inggeris (EIC) dan juga pedagang dari Portogis, Denmark, Sepanyol, Perancis serta saudagar swasta Inggeris. Seterusnya, kelompok yang ketiga adalah terdiri daripada pedagang dari Pantai Koromandel seperti pedagang Culia, Hindu, Moor dan Gujerat. Kelompok yang terakhir ialah para pedagang dari Tanah Besar China.[25]
            Pedagang VOC dan EIC sering berpangkalan di kawasan lingkungan Asia Tenggara dan mereka merupakan kompeni besar yang memiliki modal berbayar dari pemodal di Eropah dan memperoleh keuntungan daripada hasil perdagangan di Asia. Walaupun pusat pentadbiranya adalah di Eropah, namun mereka juga memiliki syarikat pentadbiran di Timur. Misalnya Belanda yang memiliki pusat pentadbiran di Betawai di Pulau Jawa dan EIC di Calcutta. Selain itu, terdapat juga pedagang Eropah yang lain seperti Portugis dan Sepanyol yang turut memiliki bandar pelabuhan di benua keci India, Tanah Besar China dan kepulauan Filipina. Pedagang Melayu dan Bugis serta pedagang bukan tempatan seperti China, Moor, Culia, Arab, Jentief (Hindu) dan Burghers menggunakan bandar pelabuhan Asia Tenggara sebagai tapak mereka. Sebahagian pedagang bukan tempatan ini menjadi pedagang penting yang menjalakan aktiviti perdagangan di gugusan kepulauan Melayu-Indonesia.
            Selepas kejatuhan Johor-Riau pada tahun 1784, British berasa khuatir sekitaranya Belanda akan menguasai sepenuhnya aktiviti perdagangan di kawasan Laut Melayu dan Semenanjung Tanah Melayu. Pada masa yang sama, berlakunya perkembangan perdagangan dalam kalangan pedagang EIC dan pedagang swasta Inggeris dengan Tanah Besar China. Hal ini menimbulkan masalah kepada Inggeris kerana mereka tidak memiliki bandar pelabuhan untuk membolehkan mereka menerima bekalan makanan serta barang keperluan seperti bijih timah dan lada hitam dari Laut Melayu untuk dibawa ke China. Seterusnya, EIC telah mencadangkan untuk memperolehi sebuah bandar pelabuhan milik British di Teluk Benggala untuk membolehkan mereka memberikan bekalan sepenuhnya kargo bagi tujuan perdagangan dengan China dan juga untuk melindungi kapal mereka yang membuat perdagangan dengan China. Pada masa yang sama, mereka turut menyimpan hasrat untuk mengaut keuntungan sepenuhnya daripada perdagangan rempah di wilayah ini dan juga sebuah pangkalan tentera armada laut untuk menyekat serta kemaraan pengaruh Belanda di Semenanjung Tanah Melayu.[26]
             Apabila berakhirnya perang Johor-Belanda pada tahun 1874, Belanda semakin giat untuk meluaskan pengaruhnya ke wilayah kerajaan Melayu di Siak, Batu Bara Assahan, Perak dan Selangor. Namun begitu, British melihat bahawa tindakan Belanda ini adalah adalah ancaman baginya untuk menguasai kawasan Laut Melayu agar bebas daripada pengaruh dan juga penguasaan Belanda. Oleh itu, mereka merasakan bahawa mereka amat memerlukan pangkalan Inggeris di Laut Melayu. Inggeris menjadi semakin tegang apabila mereka juga diasak dengan kemaraan serta kemunculan kapal Perancis yang mula meluaskan pengaruhnya ke Dunia Melayu.
            Pihak EIC pula menginginkan pengkalan yang strategik sebagai pengkalan utama di timur Teluk Benggala. Mereka melihat Aceh yang terletak di utara pulau Sumatera atau Pulau Adaman sebagai suatu kawasan yang strategik. Namun begitu, permasalahan mula berlaku apabila mereka mendapati bahawa Aceh dan Pulau Adaman tidak memiliki kemudahan asas, tidak strategik dan jauh dari Laut Melayu. Francis iaitu seorang pedagang swasta Inggeris telah membuat rundingan dengan kerajaan Kedah lalu tumpuan telah diberikan untuk mewujudkan sebuah pengkalan yang hampir dengan Laut Melayu dan dengan itu terhasilnya pembukaan Pulau Pinang pada 1786.
            Kedudukan Pulau Pinang yang terletak di utara Laut Melayu dan Melaka serta di bahagian selatan Laut Melayu telah memperlihatkan bahawa pelabuhan ini dapat mengawal perjalanan kapal dari India, China dan Dunia Melayu. Kedudukan Pulau Pinang yang terletak di utara  Laut Melayu juga membolehkannya mempunyai hubungan perdagangan di kawasan utara Laut Melayu, termasuklah utara Sumatera, selatan Thailand, bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu, wilayah di selatan Burma, dan wilayah di Pantai Koromandel di India.
            Pada era awal moden iaitu selepas British berjaya membina kuasa di Pulau Pinang, segala kemudahan yang terdapat di situ telah digunakan sepenuhnya oleh pedagang yang datang dari Pantai Koromandel. Pedagang Culia sering tiba dan berdagang di pelabuhan Pulau Pinang dan mereka merupakan pedagang yang ramai dan kerap menggunakan kemudahan di situ. Jaringan mereka dihubungkan dengan pelbagai bandar pelabuhan di Pantai Koromandel seperti Proto Novo, Nagore dan Nagapatnam untuk ke pelabuhan Pulau Pinang serta turut menjalin rangkaian pelabuhan ke bandar seperti Mergui, Junk Ceylon, Melaka, Aceh dan Pedir.[27] Singapura juga telah menjadi pelabuhan perdagangan yang mempunyai jaringan yang luas. Hasil tanah dan tenaga kerja penduduk di kepulauan Melayu telah dibeli manakala barangan dari daerah lain pula akan dijual.
            Terdapat pedagang Culia yang duduk menetap di bandar pelabuhan di Pulau Pinang dan membuat pengurusan perdagangan bertambah mudah antara benua kecil India dan Asia Tenggara. Hal ini demikian kerana, dengan menetap di pelabuhan Pulau Pinang, rakan dagangan mereka di India dapat bergantung kepada rakan seperniagaan mereka di Pulau Pinang untuk menjalankan segala urusan perdagangan. Selain daripada membeli kargo dan barangan keperluan untuk perdagangan, mereka juga bertanggungjawab untuk menyimpan dan membeli barangan berharga ketika harga murah semasa luar musim untuk dijual semula semasa musim kemuncak. Pada masa yang sama,mereka turut berpeluang untuk mengendalikan urusan perdagangan dengan bandar pelabuhan yang ditadbir oleh pemerintah tempatan seperti Kedah, Aceh, Mergui dan pelabuhan kecil di sepanjang pantai Sumatera.
            Para pedagang dari pelbagai bandar pelabuhan di kawasan Teluk Benggala seperti Pegu di Burma, Junk Ceylon, Mergui dan Tenasserim telah mempunyai hubungan perdagangan yang rapat dengan bandar pelabuhan Melaka terlebih dahulu sebelum pembukaan pelabuhan Pulau Pinang. Pedagang dari Pantai Koromandel yang dalam perjalanan berdagang ke Laut Melayu juga akan singgah di beberapa bandar pelabuhan di wilayah tersebut. Oleh itu, maka tidak hairanlah sekiranya Teluk Benggala telah lama memiliki jaringan dengan bandar pelabuhan di Laut Melayu sama ada secara terus atau melalui pedagang mereka sendiri dan secara tidak langsung melalui pedagang luar yang datang singgah ke kawasan mereka. Pedagang dari Teluk Benggala mula datang ke Pulau Pinang selepas Pulau Pinang dibangunkan. Tambahan pula, sebelum membuka Pulau Pinang, Francis Light yang dahulunya berpangkalan di Junk Ceylon telah memiliki hubungan yang erat dengan wilayah ini terutamanya dengan bandar pelabuhan di Kedah, Melaka, pantai Koromandel dan selatan Burma serta selatan Thailand.
            Pulau Pinang telah memperoleh pelbagai manfaat berikutan hasil perdagangannya dengan wilayah di timur. Dari wilayah timur, pedagang jarak jauh, terutama yang datang dari pelabuhan di selatan China seperti Amoy, Canton dan Macao berlayar ke arah selatan Laut China Selatan untuk singgah di sepanjang pelayarannya seperti pelabuhan di Indochina, Thailand, dan Filipina sebelum mereka sampai ke Laut Melayu.[28] Bandar pelabuhan yang tedapat di Tanah Besar China kebanyakannnya disinggahi oleh kapal pedagang Portugis dan EIC.
            Pedagang jarak jauh juga kebanyakannya mempunyai pengkalan di benua kecil India yang belayar dari Pantai Koromandel dan berhenti di pelbagai tempat khususnya di pelabuhan Laut Melayu seperti Melaka, Aceh, Johor-Riau dan Pulau Pinang sebelum meneruskan perjalanan atau dari pelabuhan Canton dan Macao di selatan China. Namun begitu, pedagang Cina yang datang ke Laut Melayu adalah terhad bilangannya berikutan daripada peraturan yang ditetapkan oleh Belanda yang memerlukan semua kapal Cina untuk hanya berdagang di Betawi sahaja berbanding berdagang di Melaka. Kebanyakan pedagang Cina bertukaran barang dengan kapal dari Asia Tenggara dan India dan hanya sedikit yang singgah di Melaka semenjak tahun 1780-an.
            Pedagang luar serta pedagang Melayu dan Bugis juga menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelayaran mereka selepas 1786. Kebanyakan pedagang ini datang dari Betawi, Semarang, Juana, Gerisik, Makassar, dan Pulau Borneo yang merupakan bandar pelabuhan yang penting di Dunia Melayu pada ketika itu. Pelbagai bahan makanan yang telah mereka perolehi di pelabuhan ini antaranya ialah beras, rempah ratus, dan gula yang dihantar ke Melaka dan Pulau Pinang sebagai sumber makanan.
            Kehadiran pedagang Melayu dan Bugis juga amat penting kerana mereka membawa barang keperluan yang dikehendaki oleh Melaka dan Pulau Pinang. Pelbagai barangan yang turut dibawa seperti rempah ratus, bahan herba ubatan dan hasil hutan bagi tujuan pasaran khususnya kepada pedagang dari India dan China. Kehadiran mereka adalah penting kerana mereka membawa barangan dari India dan China untuk dipasarkan ke pelbagai pelabuhan kecil di Dunia Melayu. Pedagang Bugis merupakan pedagang tempatan dari Dunia Melayu yang mempunyai jumlah yang ramai serta aktif dan sering mendapat keuntungan yang besar daripada hasil dagangannya. Oleh itu, pihak British begitu berminat untuk menggalakkan Bugis mengubah pangkalan perdagangannya ke Pulau Pinang berbanding Melaka.
            Pada abad ke-18, telah berlakunya perubahan corak perdagangan secara mendadak di  wilayah laut Melayu apabila hadirnya pedagang swasta Inggeris serta peranan aktif EIC di Dunia Melayu. Kejatuhan VOC di Asia Tenggara juga menyebabkan Inggeris berkuasa dan perdagangan antara Pantai Koromandel dan wilayah di Laut Melayu telah jatuh ke tangan Inggeris sepenuhnya. Pada masa yang sama, Inggeris juga berjaya mengawal dan menguasai perdagangan yang amat menguntungkan dengan China. Pada ketika itu, Laut Melayu merupakan daerah yang penting kepada British untuk perdagangannya ke China apabila terdapat permintaan yang tinggi terhadap teh Cina dalam pasaran Eropah serta penukaran bijih timah dan lada hitan di Laut Melayu untuk mendapatkan kain India.[29] Apabila runtuhnya kekuasaan Belanda serta penyerahan sementara Melaka dan Betawi kepada Inggeris, kekuasaan Inggeris semakin teguh terutamanya  di negeri-negeri bahagian barat Semenanjung Tanah Melayu.
            Meskipun terdapat ramai bilangan buruh dari China dan India tiba di Singapura, Tuan Simi di dalam syairnya iaitu Syair Dagang Berjual Beli menyatakan bahawa barang-barang yang didagang itu sebenarnya adalah milik pihak Inggeris.[30] Orang-orang Cina dan India pula hanya penjadi orang tengah atau perantaraan kepada pedagang-pedagang Inggeris. Orang-orang Melayu dan Bugis di Singapura serta dari kepulauan Melayu yang lain turut melibatkan diri di dalam perdagangan walaupun jumlahnya adalah sedikit. Mereka merupakan pembekal atau pembeli barangan-barangan di Nusantara.

2.3 Pembentukan Migrasi Secara Besar-Besaran
Dasar pentadbiran British dan Belanda telah membawa pelbagai perubahan di Laut Melayu. Laut Melayu yang terkenal dengan hasil buminya telah berjaya menarik minat para pedagang dari pelbagai pelusuk kawasan untuk datang dan menjalankan urusan perdagangan di Laut Melayu. Kewujudan pelbagai bandar pelabuhan telah berjaya menggiatkan lagi perkembangan aktiviti perdagang. Berikutan daripada kepesatan tersebut, maka wujudnya migrasi secara besar-besaran di Laut Melayu. Sifat masyarakat, komposisi etnik dan perkaitan serta hubungan antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain telah memperlihatkan bagaimana Laut Melayu telah menjadi sebuah pusat pertembungan pelbagai budaya dan membentuk sebuah masyarakat kosmopolitan.[31]
            Kewujudan masyarakat majmuk dapat dilihat dari segi kepelbagaian warna kulit, bahasa, agama, kefahaman dan suku kaum menggambarkan bagaimana manusia yang terpisah oleh sembilan lautan dapat disatukan semula dengan perdagangan. Kebanyakan penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada pendatang seperti warga Eropah, Burghers, China, Jentief, Culia dan Moor mencerminkan kepelbagaian masyarakat yang wujud dan berkembang di Laut Melayu. Bandar pelabuhan di Laut Melayu juga memiliki penduduk daripada kumpulan seperti Portugis Serani, Jawi-Pekan dan Cina Peranakan.[32] Kepelbagaian masyarakat ini mencerminkan bagaimana sebuah bandar pelabuhan mampu membentuk sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang membentuk entiti baru dalam sejarah masyarakat. Hal ini secara tidak langsung juga memperlihatkan bahawa pentingnya faktor ekonomi sehingga memberikan kesan dari segi sosial sesuatu kawasan itu.
            Pembangunan Melaka dan Pulau Pinang telah menyaksikan berlakunya perluasan kuasa British dalam penguasaan perdagangan Cina. Pada ketika itu juga berlakunya kebanjiran serta kemasukan pedagang dan pendatang Cina yang telah mencorakkan perubahan ekonomi wilayah di Laut Melayu. Situasi ini juga telah membawa kepada penguasaan aktiviti perdagangan Eropah dan bermulanya corak kelemahan atau penurunan peranan pedagang Melayu dari Nusantara dalam menguasai perdagangan Asia dan Intra-Asia.
            Pada akhir abad ke-18, pedagang dari Eropah  ke Timur Jauh dan Asia, melayari benua Afrika dan melintasi Lautan Hindi ke kepulauan Melayu-Indonesia untuk ke China dan Jepun pasti singgah di pelabuhan kolonial yang ditadbir dan dimiliki oleh kuasa Eropah Portugis, Belanda, British, Sepanyol dan Perancis.[33] Ketika menjadikan kawasan pelabuhan tersebut sebagai tapak, pedagang Belanda dan British khususnya amat agresif dalam menjalinkan hubungan dan menguasai sebahagian jaringan perdagangan Intra-Asian. Di Asia Tenggara, kebolehan Belanda menekankan dasar perdagangan monopoli yang dilaksanakan menerusi peraturan perdagangan, cukai, perjanjian perdagangan dengan pemimpin, ketua kerajaan tempatan dan raja-raja Melayu jelas memperlihatkan bahawa wujudnya penguasaan perdagangan yang cuba dilakukan oleh Belanda.
            Selain Belanda, British juga telah berusaha untuk meletakkan kehadirannya di wilayah benua India. British telah melancarkan percubaan untuk memasuki serta menawan perdagangan ke Cina dan menguasai perdagangan di Dunia Melayu bagi mengurangkan perdagangan emas dan perak (bullion) British. Pertapakan di Asia Tenggara akan membolehkan British peluang untuk menguasai sepenuhnya perdagangan di wilayah tersebut. Oleh itu, mereka pasti mampu untuk mengawal perjalanan perdagangan antara China dan India dan seterusnya berjaya menguasai Pulau Pinang. Ketika perdagangan semakin berkembang di Asia Tenggara, para pedagang Asian mula jatuh kerana kebanyakan mereka tidak memiliki modal yang banyak dan mempunyai kelemahan untuk bersaing dengan perdagangan jarak jauh. Hanya pedagang India dan Cina sahaja yang kebanyakannya mampu bertahan kerana mereka beroperasi melalui India dan China manakala sebahagian kecil yang lain hanya beroperasi di kebanyakan pelabuhan utama di Asia Tenggara.[34]
            Namun begitu, terdapat perbezaan yang ketara berlaku di Asia Tenggara pada abad yang ke-18. Jumlah pedagang tempatan dari Asia Tenggara telah berkurangan dan mereka hanya beroperasi dalam perdagangan jarak dekat dengan menggunakan kapal-kapal kecil yang belayar di sepanjang pantai di Asia Tenggara sahaja. Jumlah dagangan yang kecil yang dijual dan ditukar  di pelabuhan utama Laut Melayu adalah terdiri daripada hasil hutan, hasil laut, pertanian, makanan dan barangan lain. Perubahan ini dilihat mempunyai perkaitan dengan perdagangan di Asia Tenggara iaitu  kesan daripada perkembangan perdagangan Cina dalam segala yang mempunyai talian dengan ekonomi antarabangsa. Fenomena ini bertembung pada zaman antara tahun 1740 hingga 1840 dan dikenali sebagai ‘abad China’.[35]
            Pada zaman itu, berlakunya peningkatan terhadap pendatang Cina, pertumbuhan penempatan Cina, pertalian serta jaringan perdagangan Cina, peningkatan serta asakan pelaburan Cina dalam pertanian, perindustrian, perlombongan dan revenue farms di Asia Tenggara.[36] Di kawasan pelabuhan, bandar dan pedalaman di wilayah Asia Tenggara telah menyaksikan berlakunya peningkatan jumlah penduduk Cina. Menurut Reid, kebanjiran pendatang Cina di Asia Tenggara yang bermula pada tahun 1754 adalah berkait rapat dnegan dasar pemerintahan Cina yang lebih longgar terhadap rakyatnya untuk keluar negara. Pada ketika itu juga, kerajaan China telah mengisytiharkan bahawa rakyatnya yang tinggal di luar negara dengan alasan yang sah sahaja akan dibenarkan untuk pulang serta diberikan hak untuk memiliki semula harta mereka.[37] Hal ini jelas menggambarkan bahawa dasar yang longgar yang telah ditetapkan oleh kerajaan China telah menggalakkan lagi serta berlakunya pertambahan ramai para pedagang, pelombong, petani, pembuat kapal, pelaut dan sebagainya untuk keluar dan meninggalkan China.
            Pada tahun 1830, pengaliran keluar pendatang Cina ke Asia Tenggara dianggarkan mencapai angka sehingga sejuta orang yang melambangkan lebih kurang tiga peratus daripada penduduk China.[38] Pendatang Cina ini kebanyakannya adalah amat diperlukan tenaga mereka di kebanyakan kawasan pelabuhan dan bandar pebuhan serta di wilayah yang dikuasai oleh kerajaan tempatan di Asia Tenggara. Arah haluan para pedagang serta kedudukan pendatang Cina adalah terikat dengan aliran perdagangn semasa serta perkembangan yang berlaku di Laut Melayu, khususnya kawasan di bandar pelabuhan Melaka dan Pulau Pinang. Kedaulatan wilayah masyarakat Melayu dan ketuanan Melayu dilihat mula tercabar apabila kedudukan dan aktiviti pendatang Cina di Melaka dan Pulau Pinang menggugat perdagangan dan perniagaannya yang selama merupakan kekuatan ekonomi yang telah dibina berabad-abad lamanya.
            Penguasaan orang Cina dalam pelbagai sektor jelas kelihatan terutama perniagaan serta memainkan peranan penting dalam ekonomi semasa zaman imperialisme baru. Sejak abad ke-16 hingga ke-19, salah satu ciri yang biasa terdapat di kebanyakan bandar pelabuhan di Laut Melayu ialah wujudnya penduduk yang terdiri daripada pelbagai bangsa bergantung kepada lautan sebagai punca rezeki termasuk dari tanah daratan Lautan Hindi, kepulauan Melayu, China dan wakil dari pelbagai bangsa Eropah. Kesemua bangsa ini tinggal di bawah satu bumbung yang dikenali sebagai extra-territoriality.[39] Mereka turut membina kawasan perumahan, mempunyai ketua kaum serta mengikut darjat dan panggilan, menggunakan sistem perundangan mereka sendiri serta turut mewujudkan kesatuan dalam ekonomi mereka sendiri.[40]
            Pada awal abad ke-19, pasaran buruh telah menjadi sukar dan berkurangan di kebanyakan kawasan di Asia Tenggara apabila berlakunya penghapusan dan perdagangan hamba. Bandar pelabuhan di laut Melayu khususnya di Melaka dan Pulau Pinang menerima tempiasnya disebabkan oleh kekurangan tenaga buruh.[41] Sehingga abad ke-19, buruh telah menjadi komoditi yang amat sukar di kawasan Laut Melayu. Oleh itu, apabila berlakunya penghijrahan beramai-ramai oleh orang Cina, hal ini telah membantu dalam menyelesaikan masalah kekurangan buruh yang dihadapi.
            Kebanyakan pelabur khususnya dalam sektor perlombongan termasuk yang diusahakan oleh orang Melayu telah memilih buruh Cina berbanding buruh tempatan. Hal ini demikian kerana, pengendalian buruh Cina adalah dilihat lebih sistematik, mudah dikawal selia, dan rajin bekerja kerana buruh Cina ingin mendapatkan upah untuk membayar balik hutang pelayaran dan memudahkannya menyelesaikan kontrak kerja sekali gus membolehkannya dibebaskan. Oleh itu, kedatangan buruh Cina ke Asia Tenggara merupakan salah satu alternatif untuk mengatasi masalah perburuhan yang dihadapi ekoran daripada masalah penghapusan hamba terutamanya di Laut Melayu. Kebanjiran buruh Cina pada zaman ini merupakan suatu suasana baru di kebanyakan tempat di Asia Tenggara.
            Berdasarkan beberapa kenyataan tersebut, hal ini jelas membuktikan bahawa migrasi secara besar-besaran di Asia Tenggara berlaku adalah disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya polisi yang telah ditetapkan oleh sesebuah kerajaan itu sendiri yang yang longgar lalu menggalakkan ramai rakyatnya untuk ke luar negara. Kepesatan aktiviti perdagangan juga menyebabkan ramai pedagang dari pelbagai pelosok dunia untuk datang berdagang lalu membina penempatan yang tetap bagi memudahkan segala urusan perdagangannya berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, pedagang dari Culia telah datang dan menetap di bandar Pulau Pinang bagi memudahkan urusan perdagangan antara benua kecil India dan Asia Tenggara.
            Hal ini ditambah pula dengan kedudukan Laut Melayu yang stratetik lalu menjadikannya sebagai sebuah kawasan yang strategik untuk disinggahi. Kawasan dan wilayah sebelah barat Asia Tenggara lebih diberi perhatian  serta digemari kerana sebahagian wilayah timur Asia Tenggara sedang bergolak serta anarki. Setelah separuh abad ke-18, barulah pedagang Cina mula aktif dan muncul semula dan kehadiran mereka mula dirasai di Asia Tenggara. Pada zaman itu jugalah, jumlah pendatang Cina ke Asia Tenggara bertambah dan kehadiran mereka dirasai di dalam pelbagai sektor ekonomi lalu zaman tersebut digelar sebagai ‘zaman China’.

2.4 Peningkatan Populasi Hamba/ Pekerja Berupah
Pengamalan sistem hamba telah diamalkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi serta turut memainkan peranan yang penting pada ketika itu. Pihak Potugis dan Belanda melihat bahawa pengamalan sistem hamba ini sebagai sesuatu yang menguntungkan kerana golongan hamba tidak perlu dibayar dengan harga yang tinggi jika dibandingkan dengan tenaga buruh. Oleh itu, Portugis dan Belanda telah meneruskan pengamalan sistem hamba di Melaka.
            Di Melaka, pemilikan hamba merupakan kayu ukur bagi menggambarkan status atau kekayaan seseorang. Semakin ramai hamba yang dimilikinya, maka semakin tinggi kedudukannya di mata masyarakat. Oleh itu, kebanyakan hamba yang terdapat di Melaka dimiliki oleh golongan atasan. Nilai seseorang hamba itu juga bergantung kepada umur dan jantina. Di Melaka, hamba boleh dipecahkan kepada dua kategori iaitu hamba yang dimilik oleh VOC dan hamba yang dimiliki secara persendirian. Pada tahun 1775, seramai 106 hamba yang dimiliki oleh VOC. Namun begitu, pada tahun 1806, bilangan hamba yang dimiliki oleh VOC turun mendadak menjadi 34 orang sahaja iaitu terdiri daripada 18 lelaki dan 16 wanita.[42] Penurunan golongan hamba yang dimiliki oleh VOC turun mendadak adalah ekoron daripada penghapusan perdagangan hamba, namun bilangan hamba yang dimiliki secara persendirian adalah masih tinggi.
            Sebelum peralihan Melaka kepada Inggeris, pentadbiran Belanda telah menyimpan senarai nama pemilik hamba serta hamba yang dimiliki oleh mereka. Namun, senarai tersebut adalah tidak lengkap kerana kebanyakan pemilik hamba tidak mendaftarkan hamba mereka agar mereka bebas daripada dikenakan cukai. Oleh itu, adalah sukar untuk mengetahui jumlah golongan hamba yang sebenar pada ketika itu. Apabila Melaka telah diduduki, pentadbiran inggeris telah membuat perintah wajib untuk semua pemilik atau hamba kepada hamba-hamba mereka mendaftar dengan pihak polis. Peraturan telah diluluskan dan mereka yang menolak pendaftaran terpaksa melihat hamba mereka dibebaskan. Walaupun ramai tuan kepada hamba-hamba tersebut berasa tidak puas hati namun, terdapat juga ramai tuan hamba yang telah mendaftarkan hamba-hamba mereka. Melalui pendaftaran tersebut, jumlah sebenar golongan hamba yang terdapat di Melaka adalah lebih mudah untuk dikenal pasti.
            Pada tahun 1824,  terdapat seramai 666 lelaki dan 590 wanita serta 160 kanak-kanak yang berketurunan hamba dan menjadikan jumlah keseluruhannya adalah seramai 1417 orang.[43] Kebanyakan tuan hamba adalah terdiri daripada golongan Eropah, diikuti dengan Cina dan Melayu. Sebahagian daripada mereka memiliki jumlah hamba yang ramai pada tahun  1803, namun akhirnya hanya tinggal seorang ataupun tidak ada langsung pada tahun 1824. Sebagai contoh, J.B. de Wind memiliki seramai 20 orang hamba pada tahun 1803, namun pada tahun 1824 beliau hanya memiliki seorang hamaba Melayu. Pada tahun 1824, tuan hamba yang memiliki hamba dengan jumlah yang ramai dikenali sebagai  Adrian Koek dengan memiliki seramai 63 hamba. Terdapat juga tuan hamba lain yang memiliki hamba yang ramai seperti J.J. Timmerman iaitu sebanyak 37 hamba, Hendrik Kraal iaitu seramai 30 hamba, Hubertus va Bragt iaitu seramai 23 hamba dan  A. A. Velge iaitu seramai 19 hamba.
            Kebanyakan hamba adalah datang dari kawasan yang jauh walaupun rantau Asia Tenggara merupakan pembekal sumber utama. Selain Melaka yang merupakan pembekal hamba, terdapat juga golongan hamba yang di bawa masuk daripada Kedah, Rembau, Borneo, Bali, Batak, Mkassar, Inas, Riau, Sunbawa, Batavia, Linga, Timor dan juga beberapa kawasan lain. Selain itu, terdapat juga yang datang daripada luar kawasan perdagangan seperti Mozambique di Afrika dan Benggal.[44] Pada tahun 1826, jumlah hamba yang terdapat di Melaka adalah seramai 1097 dan di naming adalah seramai 24 orang. Jumlah tuan hamba yang paling ramai adalah terdiri daripada orang Kristian (Belanda/Eropah) dan kumpulan etnik Cina. Kedua-dua kelompok tersebut memiliki lebih daripada 31 peratus bilangan hamba manakala Keling atau Melayu hanya miliki sekitar 10 peratus jumlah hamba.[45]
            Selain daripada hamba biasa, terdapat juga hamba berhutang di Melaka. Hamba berhutang ialah golongan yang terpaksa berkhidmat dengan individu tertentu bagi melangsaikan hutang mereka. Pada tahun 1826, bilangan hamba berhutang yang tertinggi adalah daripada orang Melayu iaitu sebanyak 77 peratus, diikuti oleh Kristian sebanyak 31 peratus. Jumlah keseluruhan hamba dan hamba berhutang pada tahun tersebut adalah seramai 1493 orang. Kebanyakan hamba dan hamba berhutang adalah datang daripada orang Cina iaitu 34.89 peratus, Melayu iaitu 23.64 peratus, Eropah iaitu 18.15 peratus, Moor iaitu 15.02 peratus dan Keling iaitu 8.23 peratus.[46]
            Walaupun jumlah golongan hamba menurun pada abad ke-17, namun golongan hamba masih memainkan peranan yang penting pada ketika itu. Penghambaan amat penting untuk menguruskan isi rumah serta memainkan peranan yang penting dalam sektor pembuatan dan perdagangan. Pada tahun 1827, populasi hamba di Melaka adalah 10.52 peratus daripada keseluruhan penduduk berbanding dengan 30 peratus pada pertengahan abd ke-17. Walaupun pihak kerajaan cuba untuk memujuk agar tuan hamba membebaskan hamba, namun amalan yang menggalakkan pemilikan hamba yang diamalkan sejak dahulu lagi sukar untuk dibendung.
            Di Pulau Pinang, hamba terbahagi kepada dua kumpualn iaitu hamba yang dikawal oleh EIC dan hamba yang dimiliki oleh penduduk tempatan seperti orang Melayu, Jawi-Pekan dan Arab. Pada awal pembukaan Pulau Pinang demi pembangunan ekonomi, golongan hamba telah diambil untuk mengisi kekosongan serta permintaan buruh dan tenaga kerja. Namun begitu, hamba yang dimiliki oleh golongann Arab dan Melayu hanyalah semata-mata untuk kepentingan domestik. Hamba domestik boleh ertikan sebagai hamba yang hanya perkhidmat kepada tuannya sahaja seperti bekerja di ladang dan di rumah sahaja. Mereka akan menetap di rumah tuan mereka serta berjanjikan akan memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi  kepada tuan mereka.
            Hamba yang dimiliki oleh penduduk tempatan telah wujud sejak tahun 1792 apabila Tunku Syed Hussain dan Syed Jaafer menetap di Pulau Pinang. Mereka merupakan golongan pedagang Melayu-Arab iatu daripada rumah diraja Aceh yang kemudiannya berpindah ke Pulau Pinang dengan membawa bersama keluarga dan hamba. Namun begitu, Francis Light lebih cenderung untuk tidak masuk campur berkenaan dengan pemilikan hamba.[47] Pada tahun 1801, seramai 713 pemilik hamba yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu walaupun bilangan besar ialah Eropah dan Cina. Jumlah keseluruhan hamba yang berada di Pulau Pinang pada tahun 1801 adalah dianggarkan seramai 1,200 orang. Pada tahun 1805, jumlahnya meningkat kepada 1,400 serta terlibat dalam perkhidmatan domestik.   Pada tahun 1807, dianggarkan terdapat seramai 3,000 hamba berhutang di George Town dan kebanyakannya dimiliki oleh keluarga yang kaya seperti Tuanku Syed Hussain, keluarga Pangeran, Maha Raja Setia dan Naquda Byan.[48] Golongan ini merupakan golongan yang menguasai serta memiliki satu pertiga hamba.
            Walaupun pengharaman hamba dan penyimpanan hamba telah mula  diperkenalkan pada tahun 1808, hamba terus disimpan oleh rakyat. Ini terbukti dari kenyataan bahawa lewat 1820, terdapat petisyen yang telah dihantar oleh sekumpulan orang Melayu yang menegaskan bahawa mereka perlu diberi kebebasan untuk mengamalkan undang-undang peribadi mereka, termasuk pemilikan dan pentadbiran hamba.[49]

2.5 Pengenalan Sistem Cukai
Selain daripada aktiviti perdagangan yang mendatangkan keuntungan yang lumayan, aktiviti perladangan juga merupakan salah satu sumber kewangan yang terpenting di Melaka. Setelah Belanda menguasai Melaka, sebanyak 15 jenis cukai perladangan  yang telah diperkenalkan oleh Belanda di Melaka pada tahun 1700. Antara cukai yang dikenakan ialah cukai ke atas pelabuhan, bar, kedai runcit, hasil hutan seperti kayu, minuman keras, tempat perjudian, rumah penyembelihan haiwan seperti lembu dan khinzir, pasar ikan, tempat ternakan dan bot sungai.[50]
            Pada tahun 1700, hasil pendapatan daripada cukai yang dikenakan ke atas ladang adalah menceceh 3,890 rijksdollars dan jumlah tersebut terus meningkat pada tahun yang berikutnya iaitu kepada 3,957 rijksdollars. Cukai yang dikenakan ke atas kedai-kedai kecil juga meningkat daripada 804 rijksdollars kepada 840 rijksdollars. Namun begitu, terdapat penurunan hasil pendapatan cukai ke atas ladang pada tahun 1702. Pada tahun 1700 hingga 1701, hasil pendapatan yang utama diperolehi daripada cukai perladangan diikuti dengan kedai-kedai. Pendapatan daripada rumah penyembelihan juga memberangsangkan.[51]
            Apabila British menduduki Melaka pada tahun 1795 hingga 1818, British telah meneruskan peraturan yang dikenakan oleh Belanda ke atas seseorang yang membeli atau membawa masuk dan keluar barang dagangan. Selain itu, tidak terdapat sebarang perubahan yang dikenakan ke atas duti hasil perladangan candu, khinzir, arak dan pasar ikan. Peraturan-peraturan di ladang candu menyatakan bahawa tiada seorang pun, kecuali petani telah dibenarkan untuk menjual candu, secara runcit dalam kuantiti yang kecil. Bagi ladang daun sirih pula, penyewa ladang itu mempunyai hak untuk memotong 10 peratus daripada pendapatan untuk kepentingan peribadinya. Manakala penyewa ladang khinzir pula adalah satu-satunya individu yang boleh menjual daging khinzir di pasar awam bahkan mereka tidak dibenarkan menambah berat daging tersebut dengan menambahkan air ke atas daging. Jika mereka didapati bersalah, mereka akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.[52]
            Di bawah peraturan cukai pertanian, petani dikehendaki untuk membayar sewa bulanan yang telah dikenakan oleh syarikat. Syarikat tidak akan menerima alasan bagi sesiapa sahaja yang gagal membaya cukai yang dikenakan. Sekiranya perkara tersebut berlaku, ladang tersebut akan dijual semula dan sebarang kerugian akan ditanggung oleh pembeli asal. Permohonan untuk membeli kontrak ladang boleh dibuat melalui cadangan pengesahan. Ini dilakukan dengan mendedahkan harga yang dipersetujui bagi seluruh ladang bersama-sama dengan nama dua penjamin yang boleh dipercayai. Pada awal abad ke-19, kebanyakan ladang telah dijual melalui cadangan pengesahan. Kebanyakan ladang ini telah dibeli oleh orang kaya Cina yang ingin memonopoli sektor pertanian.
            Semasa pendudukan British pada tahun 1794 hingga 1818, kebanyakan ladang telah dijual dengan cadangan pengesahan. Dalam tempoh ini, terdapat penurunan yang ketara ke atas pendapatan petani berikutan daripada penurunan dalam perdagangan dan semakin ramai orang Melaka yang berhijrah ke Pulau Pinang dan juga Singapura selepas tahun 1820. Bilangan ladang berkurangan kepada 12 berbanding 18 pada era Belanda. Perniagaan yang paling penting dalam pentadbiran Inggeris ialah pakaian, permainan (judi), candu, daging khinzir, sirih, dan arak. Ladang kayu telah dimansuhkan disebabkan oleh penurunan dalam permintaan untuk kayu di pedagang yang datang ke Melaka. Apabila perdagangan menurun sejak penghujung abad ke-18, kesannya dapat dilihat dalam pengurangan secara beransur-ansur melalui hasil yang diperolehi daripada beberapa ladang. Yang pertama menderita adalah Boom, atau ladang kastam, yang selama ini telah mendapat pendapatan yang besar.[53]
            Ladang-ladang yang bergantung secara langsung kepada aktiviti perdagangan turut terjejas. Antaranya ialah ladang kayu kerana sebahagian besarnya bergantung kepada kayu yang dibawa masuk oleh jong Cina, timbang dan sukat di ladang yang dikenakan bayaran untuk timbang dan setem artikel masuk dan keluar, cukai kepala bagi pendatang Cina yang baru  yang merantau dari Macau terutamanya di kapal-kapal Portugis, cukai jambatan yang telah dibayar oleh peniaga-peniaga yang belayar di Sungai Melaka , dan cukai atas bot kecil yang dikenakan ke atas peniaga-peniaga bumiputera yang menggunakan sungai antara Naning dan Melaka.[54] Berikutan daripada kejatuhan ladang-ladang, ia telah dimansuhkan.
            Oleh kerana kehidupan di Melaka adalah berasaskan perdagangan, sebarang perubahan dalam pola perdagangan di rantau ini telah memberi kesan kepada kehidupan di bandar. Dengan pembukaan Pulau Pinang dan Singapura, perdagangan utama dari Melaka telah diambil. Melaka sebenarnya mempunyai beberapa masalah dalaman seperti penyeludupan, peraturan atau penguatkuasaan undang-undang tetapi kemerosotan perdagangan memastikan bahawa hasil ladang masih terhad dan mengeluarkan hasil lebih kecil berbanding dengan Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1820, ladang-ladang utama di Melaka adalah seperti candu, arak, judi, kedai-kedai, sirih, daging khinzir, dan beras. Seperti yang boleh dilihat, kebanyakan ladang-ladang tidak bergantung sepenuhnya kepada perdagangan di Melaka.

2.6 Pertembungan Kuasa Luar
Zaman awal moden juga telah menyaksikan wujudnya pertembungan kuasa luar di Asia Tenggara. Kuasa luar yang paling ketara pada ketika itu adalah kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis, Belanda dan British dan masing-masing saling berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan demi kepentingan masing-masing. Ekoran daripada pertembungan kuasa luar ini, ia sedikit sebanyak telah membawa perubahan serta memberikan kesan kepada Asia Tenggara dalam pelbagai aspek khususnya ekonomi, politik dan sosial.
            Semasa Belanda menguasai Melaka pada tahun 1641, Belanda telah menguatkuasakan peraturan perdagangan yang telah dijalankan oleh Portugis. Semasa zaman awal pentadbiran Belanda di Melaka, terdapat dua tujuan utamanya iaitu untuk mengekalkan serta membangunkan ciri-ciri emporium yang dimiliki oleh Belanda. Manakala yang kedua ialah untuk menentukan bahawa perdagangan monopoli yang dilakukan olehnya dan harga barang komoditi utama mestilah mengekalkan penguasaan serta kepentingan Belanda di Laut Melayu.[55] Semasa di bawah pentadbiran Belanda, Belanda telah meletakkan duti sebanyak 10 peratus ke atas setiap barangan import manakala sebanyak 5 peratus ke atas barang eksport. Kedua-dua duti tersebut adalah lebih tinggi berbanding zaman Portugis. Pada ketika itu, Belanda merasakan bahawa kehadiran ramai pedagang Asia di Laut Melayu telah mencabar kedudukan serta perdagangannya. Oleh itu, Belanda percaya bahawa dengan menyekat pedagang dari Asia, maka pendapatan mereka akan meningkat. Nmaun begitu, tindakan Belanda tersebut telah menjatuhkan perdagnagn di Melaka dalam jangka masa panjang.
            Oleh itu, Belanda telah melancarkan dasar untuk melakukan kontrak secara kekal dengan kerajaan Melayu dengan harapan mampu menguasai sepenuhnya bekalan bijih timah dari kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, lada hitam dari Sumatera, dan penguasaan sepenuhnya monopoli perdagangan kain India di Laut Melayu. Motif utama Belanda hanyalah semata-mata untuk menguasai sepenuhnya barangan dan perdagangan yang akhirnya akan menguntungkan Belanda sendiri. Terdapat beberapa perjanjian yang telah dilakukan antaranya dengan kerajaan Kedah pada 1642, Junk Ceylon pada 1643, Bangery pada 1645, Perak pada 1746 dan kerajaan Siak pada 1754.[56] Dasar monopoli yang dijalankan oleh Belanda dilihat sebagai suatu tindakan yang mendatangkan kesan buruk jangka panjang kerana ia menggalakkan perdagangan secara penyeludupan, terutama barangan seperti candu, kain dari India dan bijih timah.
            Pelbagai perubahan yang cuba dilakukan oleh Belanda di Melaka seperti menguatkuasakan undang-undang dan perdagangan yang ketat bagi mengawal dan memantau para pedagang yang membawa serta membeli barangan import dan eksport dari pelabuhan Melaka. Belanda turut memperkenalkan serta mnegenakan pelbagai jenis cukai ke atas barangan seperti candu, sirih, khinzir, arak, rumah perjudian dan pasar ikan. Cukai ksatam atau juga dikelanali sebagai Boompachten di dalam bahasa Belanda atau rumah kastam diberikan kuasa untuk memungut pelbagai jenis cukai yang dikenakan ke atas pelbagai jenis barangan.[57] Antaranya termasuklah cukai sebanyak 15 Spanish dollars bagi satu kotak Candu, dan 1 ¼ Spanish dollars bagi satu pikul lada hitam.
            Selain itu, rumah kasatam juga diberikan kuasa untuk memungut cukai ke atas semua jenis kain yang tiba di pelabuhan Melaka sama ada yang datang dari Timur mahupun Barat. Antara contoh cukai yang dikenakan ialah sutera mentah iaitu sebanyak tujuh peratus daripada nilai semasa barangan tersebut. Rumah kasatam bukan sahaja mempunyai kuasa untuk mengutip cukai, bahkan mereka turut mempunyai hak untuk menerima satu pertiga duti import ke atas semua barangan yang dieksport semula. Bagi barangan yang dijual tanpa dipunggah, rumah kastam juga mempunyai hak untuk memungut separuh daripada cukai pelabuhan. Setiap nilai barangan yang diimport mahupun yang dieksport adalah ditentukan oleh pihak pegawai kastam dan pedagang.
             Pendapatan daripada jualan candu amat menguntungkan kerana bahan tersebut mendapat permintaan yang tinggi di kebanyakan bandar pelabuhan natif atau peribumi. Ketika di bawah pentadbiran Belanda juga, Belanda telah menetapkan bahawa banhan tersebut hanya boleh dikendalikan dan dibawa oleh kapal milik mereka sahaja. Peraturan tersebut amat ketat dan sesiapa sahaja yang melanggar peraturan tersebut akan dikenakan hukuman berat. Dalam peraturan tersebut ada menyatakan bahawa sesiapa yang didapati ditangkap memiliki serta membawa bahan tersebut di dalam kapal mereka, maka kapal tersebut akan dirampas lalu dijual.[58] Semua hasil jualan pula akan diserahkan kepada VOC. Terdapat laporan yang mengatakan bahawa satu peti candu boleh mencapai harga setinggi 300 Spanish dollars di pelabuhan pantai barat Sumatera dan hasilnya sangat menguntungkan. Tambahan pula, candu boleh dijual semula dengan harga dua kali ganda lebih tinggi berbanding harga asal. Namun begitu, VOC hanya mampu memperoleh keuntungan yang kecil kerana mereka gagal menguasai pasaran yang menguntungkan tersebut disebabkan oleh syarikat pedagang swasta Inggeris yang memperdagangkan candu secara meluas di pelabuahan Johor-Riau.
             Pada zaman awal moden, emas merupakan barang perdagang yang penting dan merupakan sumber pendapatan eksport yang utama di Melaka. Emas juga merupakan bahan utama keseluruhan import VOC di Pantai Koromandel India. Kebanyakan emas yang diperolehi adalah datang dari daerah Minangkabau yang dilombong secara meluas di negeri pengeluar emas utama seperti Patapahan, Indragiri dan Jambi. Pada tahun 1749, jumlah nilai eksport emas dari daerah ini mencapai 53,640.7 gulders.[59] Belanda berusaha untuk menguasai wilayah tersebut dengan mengawal dan menyekat jalan masuk dan keluar muara sungai Siak kerana untuk sampai ke negeri-negeri tersebut adalah dengan cara memudiki Sungai Siak. Mereka turut meletakkan sebuah pengkalan dan petempatan kota Belanda di Pulau Gunting. Namun begitu, monopoli Belanda ke atas perdagangan emas ini berakhir apabila Belanda gagal untuk mneyekat percubaan penyeludupan emas sehingga tahun 1777.
            Pada akhir abad yang ke-17, dasar monopoli yang diamalkan oleh Belanda di Melaka telah menampakkan kesan yang buruk. Dasar monopoli Belanda telah menyebabkan berlakunya kejatuhan perdagangan di Melaka dan semua rancangan serta peraturan perdagangan yang dilakukaan telah memperlihatkan kesan dalam jangka masa panjang. Hal ini bertambah teruk dengan kehadiran EIC dan syarikat perdagangan swasta Inggeris ke Laut Melayu. Oleh itu, jika ditelurusi dengan lebih mendalam, terdapat dua faktor yang menyebabkan kejatuhan perdagangan di Melaka. Pertama adalah disebabkan oleh persaingan hebat yang yang dihadapi oleh Belanda daripada pedagang swasta Inggeris di Laut Melaka manakala yang kedua adalah disebabkan oleh penguatkuasaan terhadap perdagangan monopoli oleh Belanda di Melaka. Oleh itu, Melaka bukanlah sebuah penenempatan Belanda yang menguntungkan kepda VOC. Walaupun begitu, Belanda tetap tidak melepaskan Melaka kerana Belanda melihat Melaka sebagai sebuah kawasan yang strategik serta berperanan sebagai petempatan Belanda yang yang dapat mengawal dan menentukan arah aliaran perdagangn di Laut Melayu serta menguasai perdagangan Intra-Asian.[60]
            Apabila berlakunya Perang Belanda-Johor 1784, maka telah tercetusnya hubungan yang buruk antara dua kuasa yang mana kemenangan berpihak kepada Belanda. Namun begitu, persengkataan yang wujud akhirnya telah menyebabkan berlakunya jurang dan memberikan kesan kepada perdagangan di Melaka dalam jangka masa yang panjang. Pembukaan Pulau Pinang pada 1786 dan Singapura pada 1819 telah membawa kesan terhadap Melaka  sebagai sebuah pelabuhan utama di bahagian Timur. Belanda cuba untuk menguasai semula Melaka daripada British antara 1818-1824 namun usaha tersebut gagal. Menjelang abad ke-19, kedudukan Melaka semakin goyah dan tidak dapat mengembalikan semula kegemilangannya sebagai pelabuhan utama di Nusantara.
            Selepas Peperangan Inggeris-Belanda yang ke-4 (1780-1784), perdagangan antara benua kecil India-Laut Melayu-China telah dikuasai sepenuhnya oleh pihak British. Kepentingan pedagangan Cina kepada British telah menyebabkan mereka mencari tempat baru sebagai tapak di Laut Melayu untuk kapal dagangan mereka ke China. Kedudukan Belanda di Melaka juga menyebabkan permasalahan persaingan yang amat sengit antara antara pedagang Bugis di Johor-Riau yang akhirnya telah menyebabkan tercetusnya peperangan antara Melaka dengan Johor-Riau. British telah berusaha untuk meningkatkan penglibatannya dalam perdagangan di Asia Tenggara di wilayah pengaruh kekuasaan Belanda serta berusaha untuk meruntuhkan tembok monopoli Belanda di Laut Melayu. Selepas tahun 1770-an, British telah berjaya mendominasi perdagangan antara Pantai Koromandel dan Semenanjung Tanah Melayu.[61]
            Pada pertengahan abad yang ke-18, corak perdagangan di wilayah Laut Melayu telah bertukar secara mendadak dengan kehadiran pedagang swasta Inggeris serta peranan aktif Syarikat Hindia Timur Inggeris di Dunia Melayu. Kajatuhan VOC juga telah mengukuhkan kedudukan British di Asia Tenggara. Perdagangan antara Pantai Koromandel dan di wilayah Laut Melayu juga telah jatuh sepenuhnya ke tangan Inggeris setelah tamatnya perang  Inggeris-Belanda. Hingga akhir abad yang ke-18, terdapat perubahan yang ketara apabila pihak British menjadi penggerak utama dalam perdagangan di Laut Melayu. Keruntuhan pengaruh dan kekuasaan Belanda serta penyerahan sementara Melaka dan Betawi kepada Inggeris telah memberikan kesan jangka masa panjang untuk mengukuhkan kekuasaan Inggeris di Laut Melayu, khususnya di negeri-negeri bahagian barat Semenanjung Tanah Melayu.


3.0 KESIMPULAN 

Dalam sejarah peradaban, hal ini jelas menunjukkan bahawa perdagangan memainkan peranan yang penting bahkan berjaya menyuntik pertumbuhan ekonomi. Aktiviti perdagangan yang dijalankan telah membentuk dan mengembangkan budaya pemikiran masyarakat apabila mereka merantau dari satu tempat ke tempat yang lain ekoran daripada kepesatan aktiviti perdagangan. Kedudukan geografi yang amat strategik di antara dua peradaban utama iaitu Timur dan Barat turut memainkan peranan yang penting kepada pertembungan budaya dan peradaban.
            Berikutan daripada kekayaan yang dimiliki oleh jalan perairan ini, penguasaan kekayaan yang dimiliki oleh Laut Melayu sering bertukar tangan. Kuasa Eropah seperti Portugis, Belanda dan British telah berusaha sedaya upaya untuk menguasai sebahagian besar perdagangan dunia yang melintasi Laut Melayu. Bermula dengan kerajaan Melayu yang diasaskan oleh Srivijaya, Melaka, Johor-Riau dan Aceh telah bertukar kepada kuasa Eropah dan kini sebahagian besar daripada kekayaan perdagangan yang melintasinya telah dikuasai oleh Singapura pula. Kewujudan bandar pelabuhan juga merancakkan lagi aktiviti perdagangan bahkan turut membuktikan bahawa ia berpotensi untuk berkembang dengan memberikan perkhidmatan sebagai pusat memungut dan menyebarkan, membaik pulih kapal-kapal, memberikan perlindungan daripada tiupan angin monsun dan sebagai pusat perdagangan dunia.
            Oleh itu, dari zaman awal kedudukan serta fungsi Laut Melayu terutamanya Melaka, Aceh, Johor-Riau, Pulau Pinang dan Singapura sebagai pusat perdagangan  di Asia Tenggara telah membuatkannya saling bersaing antara satu sama lain. Persaingan ini disemarakkan lagi apabila Melaka di bawah pemerintahan Belanda, Johor-Riau kemudiannya ditakluki Belanda, Pulau Pinang dan kemudiaannya British di Singpura. Kemunculan Pulau Pinang dan Singapura juga telah menyebabkan nasib Melaka mengalami keruntuhan. Perubahan politik di Eropah telah menyebabkan Melaka mengalami kejatuhan dalam arus perdagangan yang kian berubah di Laut Melayu dan di Asia Tenggara.
            Selepas kejatuhan dan kehancuran pelabuhan Johor-Riau pada tahun 1784, iaitu pusat kerajaan maritim Melayu Johor yang diatawan oleh Belanda, sejarah masyarakat maritim Melayu juga telah berubah sepenuhnya dan mengalami zaman kegelapan yang berpanjangan. Dengan mengambil kira pandangan Nordin Hussin, dapatlah dirumuskan bahawa zaman abad awal moden itu merupakan zaman peralihan di antara zaman perdagangan “age of commerce” di Asia Tenggara dengan zaman sebelum pertapakan sepenuhnya pemerintahan kolonial “Pre-imperialism”.      



4.0 ANALISIS
Berdasarkan keseluruhan esei, analisis telah dilakukan dan ternyata terdapat pelbagai perubahan yang berlaku pada zaman awal moden yang mana ia dilihat turut memainkan peranan yang penting bagi memahami sejarah Asia Tenggara. Setiap perubahan tersebut adalah ekoran daripada peranan yang dimainkan oleh penduduk tempatan dan juga campur tangan kuasa luar sehingga mendatangkan pelbagai perubahan dan kesan ke atas sesebuah kawasan di Asia Tenggara sama ada dari segi politik, ekonomi, mahupun sosial. Perkembangan sejarah di Asia Tenggara pada awal moden pula amat berkait rapat dengan aktiviti perdagangan. Aktiviti perdagangan memainkan peranan yang penting kerana naik dan jatuh sesebuah kerajaan itu adalah disebabkan oleh ekonominya. Kekayaan ekonomi yang dimiliki oleh sesebuah kerajaan itu bukan sahaja telah menarik minat penduduk tempatan bahkan turut menjadi tarikan kuasa luar untuk menguasainya seperti Belanda dan Inggeris.
            Zaman awal moden juga turut menyaksikan perkembangan serta  peningkatan jumlah pembentukan pelabuhan dan bandar pelabuhan di Laut Melayu. Berikutan wujudnya aktiviti perdagangan yang pesat di Laut Melayu, maka wujudnya banyak bandar pelabuhan seperti Aceh, Kedah, Melaka, Siak dan Riau. Bandar pelabuhan ini memainkan peranan yang penting kerana di situlah merupakan tempat tumpuan penduduk dan segala urusan perdagangan dijalankan. Ramai pedagang asing yang telah datang di bandar pelabuhan bahkan ada di antara mereka yang turut membina penempatan di bandar pelabuhan tersebut ekoran daripada tarikan perdagangan yang ditawarkan di sesuatu kawasan itu. Hal ini jelas membuktikan bahawa kepesatan kegiatan perdagangan di Laut Melayu telah membwa kepada peningkatan jumlah pedagang luar untuk datang dan pada masa yang sama wujudnya peningkatan jumlah pembentukan pelabuhan dan bandar pelabuhan di Laut Melayu.
            Laut Melayu yang terkenal dengan hasil buminya juga telah berjaya menarik minat para pedagang dari pelbagai pelusuk kawasan untuk datang dan menjalankan urusan perdagangan di Laut Melayu. Kewujudan pelbagai bandar pelabuhan telah berjaya menggiatkan lagi perkembangan aktiviti perdagang khususnya pedagang luar seperti India dan China untuk datang berdagang. Berikutan daripada kepesatan kemasukan pedagang asing, maka wujudnya migrasi secara besar-besaran di Laut Melayu. Kepelbagaian masyarakat ini mencerminkan bagaimana sebuah bandar pelabuhan mampu membentuk sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang membentuk entiti baru dalam sejarah masyarakat. Hal ini secara tidak langsung juga memperlihatkan bahawa pentingnya faktor ekonomi sehingga memberikan kesan dari segi sosial ke atas sesuatu kawasan atau wilayah itu.
            Sejarah awal moden juga turut menyaksikan bahawa wujudnya peningkatan jumlah golongan hamba. Penghambaan amat penting untuk menguruskan isi rumah serta memainkan peranan yang penting dalam sektor pembuatan dan perdagangan. Pada awal pembukaan Pulau Pinang, golongan hamba telah diambil untuk mengisi kekosongan serta permintaan buruh dan tenaga kerja demi pembangunan ekonomi di sesebuah kerajaan atau kawasan itu. Hal ini juga jelas memperlihatkan bahawa golongan hamba turut memainkan peranannya dalam menyumbang kepada peningkatan ekonomi pada zaman awal moden. Tambahan pula, masyarakat pada ketika itu turut mementingkan kedudukan sosial sehinggakan mereka menganggap bahawa semakin ramai hamba yang mereka miliki maka semakin tinggilah kedudukan sosial mereka. Hal ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada tenanga kerja dan sekali lagi gus dapat membantu meningkatkan peningkatan sektor ekonomi kerana golongan hamba ini turut terlibat dalam aktiviti perdagangan.
            Sejarah awal moden juga turut menyaksikan pengenalan sistem cukai dan akhirnya sistem cukai ini mendatangkan kesan kepada penduduk tempatan. Setelah Belanda menguasai Melaka, sebanyak 15 jenis cukai perladangan yang telah diperkenalkan oleh Belanda di Melaka. Apabila British menduduki Melaka, British telah meneruskan peraturan yang dikenakan oleh Belanda dan mereka tidak akan menerima alasan bagi sesiapa sahaja yang gagal membayar cukai yang dikenakan. Apabila perdagangan menurun sejak penghujung abad ke-18, kesannya dapat dilihat dalam pengurangan secara beransur-ansur melalui hasil yang diperolehi daripada beberapa ladang. Antara pihak yang terkesan kepada pengenalan sistem cukai ialah ladang kastam yang selama ini telah memperoleh pendapatan yang besar. Hal ini jelas membuktikan bahawa sistem cukai hanya menguntungkan pihak penguasa seperti Belanda dan British sedangkan penduduk tempatan harus bekerja keras bagi membayar cukai yang dikenakan.
            Apabila berlakunya Perang Belanda-Johor 1784, maka telah tercetusnya hubungan yang buruk antara dua kuasa yang mana kemenangan berpihak kepada Belanda. Namun begitu, persengkataan yang wujud akhirnya telah menyebabkan berlakunya jurang dan memberikan kesan kepada perdagangan di Melaka dalam jangka masa yang panjang. Pembukaan Pulau Pinang pada 1786 dan Singapura pada 1819 telah membawa kesan terhadap Melaka  sebagai sebuah pelabuhan utama di bahagian Timur. Belanda cuba untuk menguasai semula Melaka daripada British namun usaha tersebut gagal. Menjelang abad ke-19, kedudukan Melaka semakin goyah dan tidak dapat mengembalikan semula kegemilangannya sebagai sebuah pelabuhan utama di Nusantara.
            Perdagangan antara benua kecil India-Laut Melayu-China telah dikuasai sepenuhnya oleh pihak British. Kedudukan Belanda di Melaka juga menyebabkan permasalahan persaingan yang amat sengit antara pedagang Bugis di Johor-Riau yang akhirnya telah menyebabkan tercetusnya peperangan antara Melaka dengan Johor-Riau. British telah berusaha untuk meruntuhkan tembok monopoli Belanda di Laut Melayu. Berdasarkan analisis yang dilakukan, hal ini jelas membuktikan bahawa pertembungan kuasa luar serta campurtangan dan kerakusan kuasa luar dalam usaha untuk memonopoli perdagangan akhirnya telah menyebabkan kedudukan sesebuah kerajaan itu kian goyah seperti yang berlaku di Melaka. Oleh itu, peristiwa tersebut memainkan perananan yang penting bagi memahami sejarah awal moden di Asia Tenggara kerana dari situ dapat dilihat antara faktor yang menyumbang kepada kejatuhan sesebuah kerajaan.
                                                   


6.0 RUJUKAN
Muhammad Haji Salleh (pnyt.). 1994. Syair Tantangan Singapura Abad Ke Sembilan             Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nordin Hussin. 2007. Trade and Society In The Straits of Melaka: Dutch Melaka and             English Penang, 1780-1830. Denmark: NIAS Press.
Nordin Hussin. 2011. Perdagangan dan Peradaban di Laut Melayu. Bangi: Universiti             Kebangsaan Malaysia.
Nordin Hussin. 2013. Sadjarah Riouw Lingga dan Daerah Taaloqnya. Bangi:       Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.



[1] Nordin Hussin, Perdagangan dan Peradaban di Laut Melayu, 2011, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 14.
[2] Ibid. hlm. 8.
[3]Ibid.hlm. 6.
[4]Ibid. hlm. 8.
[5] Ibid. hlm. 8.
[6] Nordin Hussin, Sadjarah Riouw Lingga dan Daerah Taaloqnya, 2013, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 10.
[7] Nordin Hussin, Perdagangan dan Peradaban di Laut Melayu, 2011, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 14.
[8] Ibid. hlm. 40.
[9] Ibid. hlm. 29.
[10] Ibid, hlm. 32.
[11] Ibid. hlm 39.
[12] Ibid.
[13] Ibid. hlm. 40.
[14] Ibid, hlm. 53.
[15] Ibid.
[16] Ibid.
[17] Ibid.
[18] Ibid.
[19] Ibid,
[20] Ibid.
[21] Nordin Hussin, Perdagangan dan Peradaban di Laut Melayu, 2011, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 29.
[22] Ibid. hlm. 35.
[23] Ibid.
[24] Ibid. hlm. 36.
[25] Ibid. hlm. 38.
[26] Ibid. hlm. 41.
[27] Ibid. hlm. 44.
[28] Ibid. hlm. 45.
[29] Ibid. hlm. 46.
[30] Muhammad Haji Salleh (pnyt.),  Syair Tantangan Singapura Abad Ke Sembilan Belas, 1994, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 6.
[31] Nordin Hussin, Perdagangan dan Peradaban di Laut Melayu, 2011, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 27.
[32] Ibid.
[33]Ibid. hlm. 28.
[34]Ibid.
[35] Ibid.
[36] Ibid. hlm. 29.
[37] Ibid.
[38] Ibid.
[39] Ibid. hlm. 34.
[40] Ibid.
[41] Ibid. hlm. 33.
[42] Nordin Hussin, Trade and Society In The Straits of Melaka: Dutch Melaka and English Penang, 1780-1830, 2007, Denmark: NIAS Press, hlm. 177.
[43] Ibid. hlm. 179.
[44] Nordin Hussin, Trade and Society In The Straits of Melaka: Dutch Melaka and English Penang, 1780-1830, 2007, Denmark: NIAS Press, hlm. 182.
[45] Ibid.
[46] Ibid. hlm. 183.
[47] Ibid. hlm. 188.
[48] Ibid.
[49] Ibid.
[50] Ibid. hlm. 218.
[51] Ibid.
[52] Ibid, hlm. 219.
[53] Ibid. hlm. 220.
[54] Ibid.
[55] Nordin Hussin, Perdagangan dan Peradaban di Laut Melayu, 2011, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 50.
[56] Ibid.
[57] Ibid.
[58] Ibid. hlm. 52.
[59] Ibid.
[60] Ibid. hlm. 54.
[61] Ibid. hlm. 43.

2 comments:

Unknown said...

terima kasih admin. mohon untuk dibuat nota ya (:
perkongsian yang sangat membantu nota kuliah saya semester ini.

Admin said...

Sama-sama. Moga bermanfaat. :)