Life is beautiful, if u make it beautiful.

Life is beautiful, if u make it beautiful.

Monday, December 19, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita :)




Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
10 petanda:
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Saturday, July 30, 2011

Kelebihan Ramadhan

~Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan~



Assalamualaikum. Ramadhan merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Banyak  kelebihan yang terdapat dalam bulan yang mulia ini. Di sini saya akan kongsikan kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang mulia ini berbanding dengan bulan-bulan yang lain. 
1) Bulan Ramadhan adalah bulan keampunan. Di dalam bulan ini segala dosa akan diampunkan oleh Allah jika kita banyak berdoa dan memohon ampun kepadaNya. Setiap dari kita yang bernama manusia sudah tentu tidak terlepas dari melakukan dosa-dosa semasa hidup di dunia ini. Ambillah keberkatan yang ada pada bulan ini dan ikhlas memohon kepada-Nya supaya dosa-dosa yang telah dilakukan akan diampunkan.
2) Bulan yang ada padanya Lailatul Qadar. Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam yang  paling baik ini dikurniakan kepada umat Islam untuk mendapatkan keampunan dari Allah dan mendapatkan pahala melalui amalan yang dilakukan pada malam tersebut. Segala amalan yang dilakukan pada malam ini akan digandakan pahala amalannya.
3) Bulan yang padanya permulaan penurunan Al Quran. Al-Quran kitab suci agama Islam yang menjadi mukjizat sehingga ke hari kiamat. Al-Quran adalah pembimbing kepada umat Islam agar tidak tersesat dalam hidup mereka selagi mereka terus berpegang kepada kitab suci ini. Pada bulan Ramadhan ini kita sangat-sangat digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran untuk mendapat ganjaran pahala yang besar.
4) Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Pinta syurga akan dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya. Ianya adalah sebagai tanda kemuliaan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Syurga adalah tempat yang di idam-idamkan oleh semua orang pada hari akhirat nanti.
5) Bulan tiada syaitan yang bermaharajalela. Pada bulan yang mulia ini syaitan-syaitan akan dibelenggu. Tiada lagi makhluk yang bernama syaitan yang akan menghasut manusia ke arah kemungkaran. Tapi manusia masih mempunyai nafsu untuk dihalang agar dijauhkan dari melakukan kemungkaran.
6) Bulan pahala amalan dilipat gandakan. Segala amalan kebaikan pada bulan ini akan digandakan amalan kebaikan tersebut. Pada bulan ini kita sangat-sangat digalakkan memperbanyakkan amalan sunat seperti sedekah, selawat, berzikir, membaca Al-Quran dan banyak lagi amalan-amalan lain. InsyaAllah segala amalan yang kita lakukan akan dilipat gandakan oleh Allah.
7) Bulan yang agung dalam islam. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia berbanding bulan-bulan Islam yang lain. Ini kerana pada bulan ini banyak keberkatan dan rahmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-hamba-Nya.
Semoga ibadah puasa kita akan diterima oleh Allah S.W.T..
~InsyaAllah~

Friday, July 1, 2011

Peristiwa Israk & Mi'raj

~Salam~

Sedihnya.. Baru ada masa nak update blog. Walaupun entri ni lambat sikit, tapi aku nak tulis jugak. Sebenarnya ada beberapa perkara yang aku nak highlight dalam tajuk ni. Entri ni untuk peringatan masyarakat Islam dan juga untuk diri aku sendiri. Berikut merupakan antara gambaran yang akan diterima di akhirat kelak mengikut perbuatan yang dilalakukan.

PWRISTIWA SEMASA ISRAK

Semasa Israk, Rasulullah SAW melihat:

1. Orang yang bercucuk tanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah.

2.Mencium bau wangi iaitu bau tukang sikat Firaun (Mashitah) yang beriman kepada Allah.

3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.

4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedekah dan tidak mengeluarkan zakat.

5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.

6. Sekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik. Balasan orang yang berzina sedangkan dia ada isteri yang sah.

7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba.

8. Kumpulan manusia-manusia yang mencakar-cakar muka dan dadanya dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.

9. Orang yang membawa bekas kayu yang banyak tetapi tidak terangkat olehnya. Balasan orang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.

10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut. Gambaran yang yang suka bercakap besar.

PERISTIWA MI'RAJ

Semasa Mi'raj Rasulullah SAW melihat:

1. Wanita menangis sambil meminta pertolonagn tetapi tiada yang sanggup membantu. gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya.

3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti keldai dan menerima berbagai balasan. Wanita yang suka membuat fitnah, bermusuhan dengan jiran dan membuat dusta.

4. Wanita yang mukanya hitam dan memasah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang menggoda dan mengghairahkan lelaki.

5. Lelaki dan wanita yang ditarik ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takbur kepada orang ramai.

6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.

7. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang meminum racun untuk membunuh janinnya.

8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.

10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pila air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.

Maaf nota pendek je. Tak larat nak taip lagi. Kalau ada masa, InsyaAllah akan di'update'.

Saturday, April 23, 2011

Golongan Yang Mula-mula Masuk Neraka

Assalamualaikum pembuka bicara,
Jom baca entri saya!

Entri yang sebelum ni, aku dah tulis tentang keadaan di neraka. So, now aku nk share tentang 3 golongan yang mula-mula masuk neraka pada hari akhirat kelak. Aku harap kalian dapat mengambil iktibar ya!

Sebagaimana yang disebut pada hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya manusia yang mula-mula diadili pada hari khiamat kelak ada tiga golongan:

Pertama: Orang yang terbunuh dalam pertempuran, lalu dia dihadapkan kepada Allah. Kemudian Allah memperlihatkan kenikmatan kepada orang itu dan orang itu pun melihatnya. Lalu Allah bertanya kepada orang itu: "Apa amalanmu untuk memperoleh kenikmatan itu?"

Dia menjawab: "Aku berperang membela agama-Mu sehingga aku mati syahid." Allah berkata: "Engkau berbohong, akan tetapi engkau berperang hanya supaya dikatakan orang pemberani." Kemudian hukuman pun diputuskan untuk orang itu, lalu mukanya ditarik hingga dilempar ke neraka.

Kedua: Orang itu mempelajari ilmu lalu dia ajarkan kepada orang lain dan dia juga membaca al-Qur'an. Kemudian Allah memperlihatkan kenikmatan kepada orang itu dan orang itu pun melihatnya. Lalu Allah bertanya kepada orang itu: "Apa amalanmu untuk memperoleh kenikmatan itu?"

Orang itu menjawab: "Aku mempelajari ilmu dan aku mengajarkannya kepada orang lain dan aku juga mebaca al-Qur'an kerana Engkau." Allah berkata: "Engkau berbohong, akan tetapi engkau mempelajarinya supaya dikatakan orang sebagai alim, dan engkau membaca al-Qur'an hanya supaya dikatakan orang lain sebagai Qari'". Kemudian hukuman pun diputuskan untuk orang itu, lalu mukanya ditarik hingga dilempar ke neraka.

Ketiga: Orang yang diberi harta kekayaan yang banyak. Kemudian Allah memperlihatkan kenikmatan kepada orang itu dan orang itu pun melihatnya. Lalu Allah bertanya kepada orang itu: "Apa amalanmu untuk memperoleh kenikmatan itu?"

Orang itu menjawab: "Tidak ada kebaikan yang Engkau perintahkan untuk diberi dana melainkan aku ikut mendanainya kerana Engkau." Allah berkata: "Engkau berbohong, akan tetapi engkau melakukan itu semua hanya supaya dikatakan orang sebagai orang dermawan." Kemudian hukuman pun diputuskan untuk orang itu, lalu mukanya ditarik hingga dilempar ke neraka.

P/S: Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. 

Monday, April 11, 2011

Keadaan Di Neraka

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Hmm.. aku terbaca sebuah buku dan isi kandungnya sungguh bermanfaat dan bermakna. So, I would like to share it with you guys! Buku tu, ditulis oleh Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni. 

Sebut je pasal neraka, mesti kita dah ketaq lutut. Siapa la yang nak masuk neraka kan. Neraka pula dikaitkan dengan api. Api yang berlipat kali ganda panasnya. Na'udzu Billah.. Ni la antara keadaan di neraka....

1. Pintu-pintu neraka- Syurga memiliki 8 pintu manakala neraka memiliki 7 pintu. Penjaga pintu neraka bernama malaikat Malik. Penghuni neraka berkata kepada malaikat Malik sebagaimana yang dikisahkan di dalam al-Quran surah Az-Zukhrf ayat 77 bermaksud " Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)! Malik menjawab: "Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab"
Luas pintu neraka itu tidak ada yang mengetahuinya melainkan Allah.

2. Makanan penghuni neraka- Makanan penghuni neraka itu adalah az-Zaqqum. "Sebenarnya ia sebatang pokok yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang. Buahnya seolah-olah kepala syaitan-syaitan. Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya" -surah Ash-Shaffat ayat 64-66.

3. Warna api neraka- "Allah SWT menyalakan api neraka selama seribu tahun sehingga warnanya menjadi merah, kemudian Allah menyalakan lagi selama seribu tahun sehingga warnanya menjadi putih, kemudian Allah menyalakan lagi selama seribu tahun sehingga warnanya menjadi hitam, iaitu hitam legam" -Riwayat Imam Tirmizi.

4. Kedalaman jurang neraka- Abu Hurairah berkata: "ketika kami bersama Rasulullah SAW tiba-tiba kami mendengar suara batu besar jatuh." Lalu Rasulullah SAW berkata: "Tahukah kamu suara apa itu?" Para sahabat berkata: "Tidak wahai Rasulullah". Lalu baginda bersabda: "Itu adalah suara batu besar yang dijatuhkan dari neraka sejak tujuh puluh tahun yang lalu, dan batu itu sekarang baru sampai ke dasar neraka Jahanam".

5. Belenggu-belenggu neraka- "Andaikan belenggu-belenggu besi itu jatuh dari langit, dan jarak antara langit dan bumi lima ratus tahun, maka belenggu besi itu akan jatuh ke bumi sebelum malam tiba" -Petikan hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi.

6. Ular dan kalajengking neraka- Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya di dalam neraka itu terdapat ular-ular seperti leher unta al-Bukhti." 
Unta al-Bukhti adalah jenis unta di Sudan dan Libya bahagian utara.

7. Minuman penghuni neraka- Minuman penghuni neraka adalah al-Muhli (endapan atau kotoran minyak). Rasulullah SAW menafsirkan al-Muhli dengan buih minyak. Buih minyak ini diminum oleh penghuni neraka sehingga usus-ususnya terburai dan jatuh ke bumi dari duburnya. Setiap kali usus-usus itu hancur maka Allah menjadikan usus yang baru, begitulah seterusnya.

8. Tebal kulit penghuni neraka- "Besarnya gigi taring orang kafir di dalam neraka menyamai gunung Uhud, dan tebal kulit orang kafir di dalam neraka sejauh perjalanan tiga hari". -Riwayat Muslim


Sunday, April 3, 2011

Arwah Nenek

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bismillahirrahmanirrahim...


Apa yang membuatkan hati aku terdetik untuk tulis entri kali ni ialah malam tadi, aku tak dapat tidur. Tiba-tiba jantung aku berdegup kencang dan teringat kat arwah nenek aku. Aku rasa macam dia dok sebelah aku je. Aku pun terus bacakan al-Fatihah dan berzikir untuk tenangkan hati. Lepas tu, aku pun kembali tenang. Arwah nenek dulu disahkan menghidap sejenis penyakit dan dalam seminggu je dia dah menghembuskan nafas yg terakhir. Yang buat aku terkilan, kematian dia adalah satu konspirasi. Tak pe lah, dah ajal dia nak buat macam mana kan? Malam tu, aku tengah tidur. Tiba-tiba aku terjaga! Tapi waktu tu aku 50-50 iaitu antara alam sedar dan tak sedar. Aku nampak arwah nenek kt hujung katil pakai jubah putih. Bila dia nampak aku tersedar dari tidur, dia terus lari menuju ke pintu bilik dan hilang.. Katil aku menghadap almari dan ada cermin besar. Aku sebenarnya tak nampak dia, tapi aku nampak dia melalui cermin. Korang faham tak? haha.. kalau tak faham tak pe la.. Lepas aku nampak arwah nenek aku tu, aku baca al-Fatihah dan terus menangis dalam kegelapan malam *walaupun bilik aku guna lampu terang..

p/s: aku anggap malam tu aku cuma bermimpi atau berhalusinasi 

Tuesday, March 22, 2011

13 Aurat Wanita

Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh..

1. Bulu kening -Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki memakai gelang berloceng -Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian -Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada -Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi -Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher -Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan -Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan -Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata -Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) -Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan -Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian -Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.


Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut -Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.






Thursday, March 10, 2011

Anjing Hitam

Salam'alaik~
                 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda...


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu...


Monday, January 31, 2011

Petikan drpd novel RANGGAU.. Juz wanna share it with u guys..

Biarpun kita bertuan, kita tetap bertuhan.
Biarpun kita mereka-reka, kita tetap ciptaan.
Apalah kita menjadi tuan sedangkan kita tetap hamba.
Apalah guna mengangkat kepala, sedangkan sujud tempatnya.
Lihatlah ke dalam diri, peperangan ada di sana.
Tempat kita di mana? Kalau bukan di situ.
Gelap dan sempit, dan fitnahnya teramat dahsyat.
Perjalanan yang jauh terasa perit.
Berliku-liku dengan wajah yang legam.
Siapakah yang mampu menolong?
Kalau bukan kamu yang berasa kerdil.
Lalu memencilkan jiwa dalam pandangan-Nya
Lalu sujud mewalangkan diri.
Lalu pulang ke pangkuan-Nya.
Kerdillah diri apabila kita pulang ke sana.
Bergelumang tanah di atasnya subur bunga-bunga.
Wahai Allah, terimalah kepulanganku hamba-Mu.