Life is beautiful, if u make it beautiful.

Life is beautiful, if u make it beautiful.

Friday, January 30, 2015

Puisi

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers 

As i promised before, I would like to share some of my poems. Sebelum kalian membaca dan menilai, tak semestinya puisi ni ditulis daripada catatan peribadi atau sebagainya, tapi lebih kepada pemerhatian dan pengalaman. Hoho. Walau apa-apa pun, just enjoy the beautiful of literature. Sebelum ni aku tak tahu kat celah mana nak buang puisi-puisi ni. Kebetulan aku jumpa satu page dekat Facebook iaitu Champak. Champak ni ibarat satu tempat yang mana orang-orang seperti aku tak tahu nak campak mana aksara mereka. Dekat page Champak ni juga, aku guna nama singkatan which is SS that stand for Sarahah Supian (lepas ni kantoi la). 


Puisi kat atas ni, salah satu puisi yang aku suka dan aku share dekat Champak juga. Tapi yang ni aku dah edit jadikan dia dalam bentuk gambar. Puisi ni dapat 193 like daripada pembaca page Champak. Bagi aku, like tu bukan untuk meraih publisiti atau sebagainya, tapi cukuplah sebagai suatu tanda yang pembaca suka dan mereka pun rasa apa yang aku cuba sampaikan. Dari situ aku boleh tingkatkan lagi kemahiran penulisan (Anyonyonyo).


Puisi yang kat atas ni pula, aku tak ada niat nak jadikan dia puisi. Ayat pertama dalam puisi ni pula adalah petikan daripada puisi dalam buku Sakralara (buku himpunan puisi) dan aku guna sebagai caption di Instagram. Kemudian aku sambung pula dengan beberapa baris ayat seperti di atas. Nak dijadikan cerita, seorang sahabat aku yang bernama SSS (Saidah Sakinah Sho) ni, dia sambung pula ayat yang aku tulis tu. Lastly, aku edit sikit lalu tercipta la puisi di atas (kredit to al-Abrour dan Sakralara).

Thursday, January 29, 2015

Happy 2015!

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers 

Sedihnya. Lama blog ni diabaikan. Maaf ye blog dapat tuan yang teruk macam aku. Sekarang tengah cuti semester and I miss UKM (boleh la...). Maybe I miss my friends so much. Now the end of semester 3 and bulan 2 nanti will be my fourth sem. Maknanya sem 2 untuk tahun 2 di UKM. Nervous though result tak keluar lagi. Hmmppp... You know what, I just discovered my new hobby. Haaa... jeng3! I read poems, collect poems and make poems. It is all about poem! Haha... A History student like poem? How can that be? Hoho. Well, cinta dan cita-cita itu berbeza. Cintaku pada puisi dan cita-citaku bersandarkan subjek Sejarah. Cakap pasal sejarah, as a History student, stress bakhanggg! Hahaha. Tapi itu dulu. Sekarang aku dah boleh handle tahap stress aku. (Boleh la...) Stress tu bila lecturer pulangkan semula and suruh betulkan semula esaimen tu.  Meleleh air mata. (Ececece...) Do you know how that feel is bila kau pulun-pulun buat esaimen and lecturer suruh kau buat balik. Tapi masa tu aku freshie dan masih tak khatam cara buat esaimen dengan baik. Now, i realise that is a good thing actually. Lecturer just nak bantu kita dapat markah yang baik. Jadi pelajar Sejarah  ni tak sah kalau tak menggoreng esei. Lebih-lebih lagi masa exam. Tangan menulis laju mengalahkan machine gun melepaskan tembakan. Kalau dah laju macam tu memang accident la jawabnya. Tulisan hampeh. Silap-silap tulisan kami yang menggunakan tulisan rumi ni, lecturer nampak macam tulisan cuneiform. Kahkahkah! Sebenarnya aku nak tulis entri pasal puisi tapi dah mengarut sampai sini pula dah. Haishhhh. Next time I'll share my buku-buku puisi ye! I promise! Chow~ ^_^


Wednesday, November 19, 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera readers

Fuhhh... Lama tak menyusun aksara di sini. Bukan kerana hilang rasa cinta untuk blogging cuma kadang-kadang terpana dan hilang kata-kata bila ujian datang bertalu. About life in Uni, everything is fine. Even though sometimes life is getting hard, but nak tak nak, you have to face the truth. Dalam hidup ni, macam-macam watak yang kita akan jumpa. Setiap watak tu pula datang membawa warna yang pelbagai lalu mereka hiasi warna itu di atas kanvas kehidupan kita. Ada warna cerah, ada warna gelap. Ada warna yang kita suka, dan ada warna yang kita tidak suka. Tak nak cakap banyak, cuma nak say hai je. Ada masa aku update lagi okay? hehe.. TQ pada semua yang follow aku selama ni sama ada secara terang-terangan ataupun senyap-senyap. Ehhh??? haha.. kbai.

Saturday, September 14, 2013

'Bas Ekspress' Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers. 

Rasanya aku dah pecah rekod sebagai blogger yang dah satahun lebih tak update blog. Hahaha..
Sekarang tengah melanjutkan pelajaran kat somewhere on earth. Kolej lengang sebab ramai yang balik rumah, lebih-lebih lagi hari Isnin ni cuti Hari Malaysia. Kesian dengan teman sebilik yang tak dapat balik kampung sebab jauh. Jadi aku putuskan untuk stay dekat kolej padahal kalau nak balik rumah kakak kat Putrajaya bila-bila pun boleh. Tapi aku tak nak pentingkan diri sendiri. Tiba-tiba aku rindu kat Mak dan Abah dekat Sarawak. Ingatkan nak call tapi takut ganggu mereka tengah bekerja dan tak nak susahkan mereka. Disebabkan terlalu rindu, tangan lantas mencapai kitab Allah. Dalam kepala aku terfikir tu je cara nak melepaskan rindu kat mereka. Selepas baca, beberapa saat kemudian tiba-tiba telefon bimbit aku berdering. Rupa-rupanya Abah yang telefon. Selepas habis berbual, terasa sayunya hati. Allah tahu apa yang tersirat dalam hati hamba-Nya. Kemudian aku teringat kata-kata daripada seorang sahabat, "Kalau kita lupakan al-Quran, al-Quran pun akan lupa pada kita". Terasa sayunya hati. Allah tahu apa yang diperlukan oleh hamba-Nya. Insya-Allah permintaan kita akan ditunaikan meskipun bukan dengan cara kita tapi dengan cara-Nya.

#Buat renungan bersama

Monday, December 19, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita :)




Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
10 petanda:
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.