Life is beautiful, if u make it beautiful.

Life is beautiful, if u make it beautiful.

Saturday, July 30, 2011

Kelebihan Ramadhan

~Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan~



Assalamualaikum. Ramadhan merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Banyak  kelebihan yang terdapat dalam bulan yang mulia ini. Di sini saya akan kongsikan kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang mulia ini berbanding dengan bulan-bulan yang lain. 
1) Bulan Ramadhan adalah bulan keampunan. Di dalam bulan ini segala dosa akan diampunkan oleh Allah jika kita banyak berdoa dan memohon ampun kepadaNya. Setiap dari kita yang bernama manusia sudah tentu tidak terlepas dari melakukan dosa-dosa semasa hidup di dunia ini. Ambillah keberkatan yang ada pada bulan ini dan ikhlas memohon kepada-Nya supaya dosa-dosa yang telah dilakukan akan diampunkan.
2) Bulan yang ada padanya Lailatul Qadar. Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam yang  paling baik ini dikurniakan kepada umat Islam untuk mendapatkan keampunan dari Allah dan mendapatkan pahala melalui amalan yang dilakukan pada malam tersebut. Segala amalan yang dilakukan pada malam ini akan digandakan pahala amalannya.
3) Bulan yang padanya permulaan penurunan Al Quran. Al-Quran kitab suci agama Islam yang menjadi mukjizat sehingga ke hari kiamat. Al-Quran adalah pembimbing kepada umat Islam agar tidak tersesat dalam hidup mereka selagi mereka terus berpegang kepada kitab suci ini. Pada bulan Ramadhan ini kita sangat-sangat digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran untuk mendapat ganjaran pahala yang besar.
4) Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Pinta syurga akan dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya. Ianya adalah sebagai tanda kemuliaan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Syurga adalah tempat yang di idam-idamkan oleh semua orang pada hari akhirat nanti.
5) Bulan tiada syaitan yang bermaharajalela. Pada bulan yang mulia ini syaitan-syaitan akan dibelenggu. Tiada lagi makhluk yang bernama syaitan yang akan menghasut manusia ke arah kemungkaran. Tapi manusia masih mempunyai nafsu untuk dihalang agar dijauhkan dari melakukan kemungkaran.
6) Bulan pahala amalan dilipat gandakan. Segala amalan kebaikan pada bulan ini akan digandakan amalan kebaikan tersebut. Pada bulan ini kita sangat-sangat digalakkan memperbanyakkan amalan sunat seperti sedekah, selawat, berzikir, membaca Al-Quran dan banyak lagi amalan-amalan lain. InsyaAllah segala amalan yang kita lakukan akan dilipat gandakan oleh Allah.
7) Bulan yang agung dalam islam. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia berbanding bulan-bulan Islam yang lain. Ini kerana pada bulan ini banyak keberkatan dan rahmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-hamba-Nya.
Semoga ibadah puasa kita akan diterima oleh Allah S.W.T..
~InsyaAllah~

4 comments:

noonaQQ said...

nak tambah ckit lagi sarah, BULAN RAMADHAN adlh bulan yang paling dinanti oleh umat islam..hehehehe.. seronok bila sambut ramadhan ni

Kumbang Jingga said...

best yg best utk beribadat..hehe..bulan yg best masa makan

Andre drake said...

salam kenal..n selamat menjalankan ibadah puasa
tuk blogger negeri jiran
visit my blog

Sarah said...

i will.. ^^